Tun M Senyum, Fathia Mohon Maaf

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 5:31 PM

Fatiya bergambar kenangan bersama Tun Mahathir.

(Ubah saiz teks)

KECOH seketika apabila netizen mula mempersoalkan kredibiliti pelakon Fathia Latiff kononnya gagal dalam temubualnya dengan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia disiarkan secara langsung di Facebook Mahathir yang berlangsung pagi Jumaat.

Bengang dengan kutukan dilemparkan kepadanya, Fathia, 30,  tampil menjelaskan dia bukannya wartawan jika orang ramai mengharapkan soalan diajukan itu memenuhi kehendak temubual sebenarnya.

Namun dia akur akan kritikan orang ramai dan memohon maaf sekiranya soalan diajukan itu tidak memuaskan hati mana-mana pihak.

"Saya bukan nak tunjuk pandai tetapi mahu bertanya soalan-soalan yang saya rasa semua orang ingin tahu dan perkara yang saya tidak tahu. Ini hanya temubual santai. Saya bukan wartawan atau ahli politik. 

"Saya hanya mewakili suara belia di luar sana dan saya minta maaf jika soalan-soalan tidak memuaskan hati mana-mana pihak.

Fathia bertindak sebagai moderator dalam temubual bersama Tun Mahathir yang disiarkan secara langsung di Facebook pagi Jumaat.

"Tetapi saya gembira terpilih untuk menjadi perantaraan temubual bersama Tun Mahathir. Terima kasih untuk peluang ini. Bagi saya soalan yang datang dari hati tidak semestinya kena study dulu," katanya.

Temubual selama 45 minit itu sehingga pukul 5.15 petang Jumaat mendapat lebih 700 perkongsian dan 100,000 tontonan.

Sementara itu dalam kritikan yang dilemparkan kepada Fathia, ada juga netizen yang meminta agar pelakon itu tidak dikritik kerana sekurang-kurangnya dia mencuba walaupun kebanyakan soalan diajukan itu tidak begitu lancar dan sedikit berbelit.

Namun begitu Mahathir tetap tersenyum dan memberi jawapan sebaik mungkin dalam memenuhi soalan diberikan.

Fathia juga tidak malu untuk bertanyakan makna whistleblower  yang tidak difahaminya walaupun dia terpaksa memotong percakapan Mahathir yang ketika itu sedang rancak berbicara.

Tags / Kata Kunci: Fatiya Latiff

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan