Elfira Loy Dikatakan Kembar Andrea Brillantes

Diterbitkan: Jumaat, 16 Jun 2017 3:35 PM

Netizen samakan wajah Elfira Loy (kiri) dengan Andrea Brillantes di laman sosial. Foto Instagram @oh_viral_king.

(Ubah saiz teks)

NAMPAK macam sama tapi orang yang berbeza. Menurut ahli biologi, dalam dunia ini terdapat tujuh orang yang mempunyai wajah hampir sama.

Kalau sebelum ini, ada seorang gadis bernama Syaza yang menjadi viral gara-gara memiliki wajah mirip dengan pelakon Fazura.

Kali ini pula, netizen di laman Instagram muat naik foto pelakon Elfira Loy dengan pelakon Filipina, Andrea Brillantes yang dikatakan mereka memiliki wajah seiras.

Siapa pengikut drama Filipina paling popular Pangako Sa'yo mesti kenal dengan Andrea Brillantes, 14, yang memegang watak sebagai Lia Buenavista.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di ruang foto tersebut bersetuju kerana kedua-duanya memiliki kening yang tebal dan cantik.

Elfira memiliki kening yang cantik, tebal dan teratur. 

Antara mesej yang ditinggalkan seperti berikut:

@8ukh4r1_77: Orang sama ke ini?

@iamruditahaguidotti_92: Kening sama, hidung sama dan cara pose yang sama bila selfie.

@syaheera_yeyaa: Pelakon Filipina itu, pada mulanya tengok dia macam kembar kak Elfira. 

@mdinaa_lyaa: Masa tengok Pangako Sa'yo dah perasan muka dia sama macam El (Elfira). 

Apabila dilihat sekali imbas, wajah Andrea seiras dengan Elfira Loy. 

Seperti biasa, dalam banyak-banyak komen positif, mesti ada juga terselit beberapa komen yang mengutuk dan mencari kesalahan.

Pada pandangan mStar Online, Elfira dan Andrea sama-sama cantik dan mungkin disebabkan mereka memiliki kening tebal, wajah mereka nampak macam sama.

Tags / Kata Kunci: Elfira Loy , Andrea Brillantes

iklan

Video

Jumaat, 28 Julai 2017 8:18 PM

Tautan Kasih Siti Saleha & Lutfi

Jumaat, 28 Julai 2017 3:00 PM

Zahid Terpaksa Kerja Keras!

Jumaat, 28 Julai 2017 12:24 PM

Atmosfera Tak Cukup Popular?

Jumaat, 28 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: Najwa Latif - KAMU

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Kolumnis

iklan

Iklan