Boleh Tak Jangan Tanya Cerita Peribadi?

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 5:00 AM

Uqasha Senrose

(Ubah saiz teks)

DIAJU tentang status hubungan cinta dengan seorang kerabat diraja, aktres kontroversi Uqasha Senrose berkata perkara-perkara itu menjadi rahsia peribadinya.

Kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini berkata, dia lebih selesa berkongsi cerita tentang kerjaya seninya sahaja.

"Kami masih berkawan macam dulu dan saya pun tidak pernah cakap kami bercinta, macam mana boleh timbul gosip putus cinta pula.

"Boleh tak kalau saya tak nak cerita fasal peribadi. Kita cerita tentang kerjaya saja boleh tak? Lagi pula saya sudah lama tidak update laman sosial kecuali berkaitan kerja sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Uqasha mengulas tentang gosip hubungannya dengan seorang kerabat diraja di Pahang yang sudah berakhir.

Baiklah Uqasha, kalau itu permintaannya, kita ikuttka saja.

Sementara itu, berkaitan perkembangan kerjaya lakonannya, pelakon Hero Seorang Cindarella ini mengakui dapat menunjukkan bakat lakonannya menerusi drama berkenaan.

"Alhamulillah, memang ramai terkesan dengan watak antagonis yang saya bawa dalam drama itu. Penonton mula nampak bakat saya sebagai pelakon.

"Secara tidak langsung juga dapat tutup mulut orang yang hanya bercakap tentang kisah peribadi saya sahaja," ujarnya.

Dia juga bakal terlibat dengan drama di bawah arahan Micheal Ang sekali lagi untuk projek akan datang.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan