Tu Diaaa... Laris Ayam Percik Shaa

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 5:15 AM

Kata Shaa, berniaga ayam percik sudah menjadi kebiasaannya sejak dibangku sekolah lagi.

(Ubah saiz teks)

'BAGUIH' aihhh anak dara ni? Rajin cari duit! Dalam dok tengah meletup lagunya Pertama Kali, penyanyi Shaa masih ligat berniaga dengan menjual ayam percik mencari rezeki di bulan Ramadan.

Paling tidak, dapat juga duit poket untuk sambut hari raya nanti. 

"Haha... boleh dikata begitulah. Tetapi sebenarnya ini adalah perniagaan warisan keluarga sejak saya kecil lagi.

"Bezanya tahun ni, saya cuba tarik perhatian pengunjung dengan meletak banting 'Ayam Percik Shaa #PertamaKali'. Sajalah nak test market dan Alhamdulillah, tak menang tangan dibuatnya," ujar Shaa kepada mStar Online.

Ditanya sejauhmana reaksi peminat apabila melihat yang berniaga itu adalah dirinya, kata gadis kelahiran Kuala Kedah ini, ramai yang menegur dan tak kurang ada yang ajak bergambar.

"Memang ramai yang perasan apatah lagi setelah saya naikkan banting, suasananya jadi bertambah meriah," katanya bersyukur.

Shaa membantu bapanya di gerai Ayam Percik Shaa #PertamaKali.

Tambah Shaa,22, untuk ramadan kali ini keluarganya berniaga di dua lokasi iaitu di bazar ramadan Kuala Kedah dan bazar ramadan Alor Mengkudu, Alor Setar di mana harga seekor ayam percik dijual antara RM20 sehingga RM22 seekor.

"Jujur saya seronok buat semua ni sebab sejak sekolah memang sudah didedahkan dengan suasana berniaga di bazar dan pasar malam.

"Saya tak pernah pandang title artis akan menghalang untuk saya buat semua ni, sebaliknya rasa lebih teruja," akui anak bongsu enam beradik ini.

Sementara itu kata Shaa atau Juzratul Nisha Johari, sejak dulu perniagaan ayam percik keluarganya itu sudah mempunyai pelanggan tetap daripada penduduk setempat.

"Mungkin sebab kami dah lama berniaga. Malah ada yang datang jauh dari negeri Perlis semata-mata nak merasa resipi ayam percik kami," akhirinya.

Shaa memberitahu dia kini sedang menjalani penggambaran klip video Pertama Kali dan mengakui ia satu pengalaman baru kerana memerlukan dirinya berlakon.

Tags / Kata Kunci: Shaa , Sha Pertama Kali

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan