Rumah Kueh 'Bungkus' Apa Kata Rita Rudaini?

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 2:48 PM

Rita Rudaini mengambil keputusan menutup restoran miliknya iaitu Rumah Kueh. Foto SHAARI CHE MAT

(Ubah saiz teks)

APA sudah jadi? Hujan tiada, ribut pun tiada, tiba-tiba restoran milik pelakon Rita Rudaini iaitu Rumah Kueh sudah gulung tikar?

Sayang juga sebenarnya sebab tak banyak restoran menjual kuih-muih tradisional yang ada di antaranya sukar untuk didapati di bandar besar macam Kuala Lumpur.

Pertemuan dengan Rita baru-baru ini membongkar punca dia menutup Rumah Kueh yang hanya sempat beroperasi selama setahun di Kota Damansara, Selangor.

Jelas pemilik nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar, 41, ini, dia mengambil keputusan itu kerana sambutan daripada pelanggan kurang memberangsangkan memandangkan lokasi restorannya itu bukan tumpuan orang ramai.

"Sebenarnya keputusan saya menutup restoran itu bukan kerana ada apa-apa masalah sebaliknya kontrak menyewa premis itu sudah pun tamat baru-baru ini.


Rita dihadapan restoran miliknya ketika majlis perasmian pada tahun lalu.

"Antara alasan lain saya tidak menyambung kontrak kerana pelanggan tidak ramai memandangkan kawasan itu bukannya tumpuan orang kerana ia masih baru," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Rita berkata, penutupan itu bukan bererti dia sudah melupakan bidang perniagaan sebaliknya merancang membuka Rumah Kueh di lokasi lain.

Bagaimanapun kata ibu kepada dua cahaya mata ini, perancangan itu bukan dalam masa terdekat kerana dia ingin memberi fokus kepada lakonan buat seketika.

"Biarlah saya berehat sekejap tambahan pula jadual saya padat dengan penggambaran selepas hari raya nanti dan ingin fokus kepada lakonan pula.

"Saya pun tidak mahu tergesa-gesa kerana sekarang pun banyak sangat perkara yang saya lakukan dalam satu masa.

"Rumah Kueh akan kembali tetapi saya tidak mahu tergesa-gesa dan ingin mencari lokasi benar-benar sesuai," jelasnya.

Bercakap mengenai persiapan Aidilfitri, Rita berkata, tumpuannya adalah kepada dua anak lelakinya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 8 dan Airit Qaqa Arjuna, 6, dan akan pulang ke Utang Aji,  Perlis untuk berhari raya selama seminggu.

Tags / Kata Kunci: Rita Rudaini , Rumah Kueh

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan