10 Perkara Menarik Rumah Klasik 'Hero Seorang Cindarella'

Diterbitkan: Khamis, 15 Jun 2017 5:30 AM

Rumah yang dijadikan lokasi penggambaran drama Hero Seorang Cindarella tarik perhatian. Foto IG Reka Teemor

(Ubah saiz teks)

PEMINAT drama popular Hero Seorang Cindarella pasti tertarik dengan rumah Nura Medina yang dilakonkan oleh Fazura dalam drama berkenaan.

Rumah berwarna putih berkonsepkan moden klasik kolonial itu nampak mewah dan eksklusif.

Mungkin ada yang tertanya-tanya rumah siapakah itu dan di mana lokasinya?

Berikut 10 perkara yang anda harus tahu tentang rumah itu. 

1) Ia milik Faiz Sabari, 45, dan Rozana Mumtaz Mohd. Ashraff, 40, yang juga perancang perkahwinan dikenali Reka Teemor. Rumah berkenaan terletak di Shah Alam Selangor.

2) Rumah yang berkeluasan 10,000 kaki persegi ini mengambil masa empat tahun untuk dibina dan kemudiannya dinamakan 'Rumah Teemor' sempena nama perniagaan wedding planner Reka Teemor.

3) Tingkap bahagian tingkat atas menggunakan tingkat rumah limas Johor yang berusia lebih 60 tahun milik peninggalan keluarga.

Tempat tidur Nura Medina dihias khas untuk penggambaran berkenaan.

4) Kebanyakkan lampu di beli di Bali, Indonesia. Selebihnya dari Paris, Morocco dan Turki.

5) Lengkap dengan kamar tidur utama seluas 800 kaki, kamar busana yang berasingan serta kamar mandi lengkap berjakuzi.

6) Mempunyai kolam koi di hadapan rumah dan sebuah kolam renang kecil tertutup.

Kawasan ruang tamu.

7) Lantai ke semua bahagian rumah daripada kayu jati Burma kemasan manakala dapur dari jubin klasik kolonial dan kamar mandi jubin buatan tangan dari Sepanyol. Manakala kawasan beranda dilengkapi jubin terracotta dan simen jubin klasik dari Vietnam.

8) Rumah ini juga dilengkapi dengan sebuah surau dan perpustakaan.

9) Bilik yang menjadi bilik Medina adalah sebuah bilik kecil berona kelabu yang khas dihias sempena drama bersiri ini mengadap kolam renang. Manakala bilik ayah dan ibu tiri Medina adalah bilik tamu yang dihias dengan perabut lama yang berusia lebih dari 50 tahun.

10) Rekaan rumah berkenaan menggunakan banyak tingkap dan pintu luas serta 'sky light' memberikan simbahan cahaya semula jadi yang terang agar di siang hari lampu elektrik tidak perlu dihidupkan.

Penggambaran drama Hero Seorang Cindarella masih berlangsung.

Hero Seorang Cinderella masih lagi ditayangkan di Astro Ria setiap Isnin sehingga Khamis bermula pukul 10 malam.

Drama arahan Michael Ang ini turut dilakonkan Fattah Amin, Uqashe Senrose, Fikry Ibrahim, Iswan Ismail dan Zizie Ezette.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan