Cecah Umur 40 Tahun Baru Nak Jadi Artis, Kenalah Melobi

Diterbitkan: Selasa, 13 Jun 2017 6:38 AM

Salimey akui kekuatan yang ada pada karya 'Pertama Kali' sehingga dipilih menjadi lagu runut untuk empat buah drama.

(Ubah saiz teks)

MERASAKAN laluan untuk berada dalam industri seni agak mudah kerana mempunyai hubungan yang baik bersama pihak media sebelum ini, namun bagi pendatang baharu Salimey, dia tidak seharusnya terus berasa selesa dengan perkara itu.

Salimey, 40, yang kini hadir dengan single Pertama Kali, berkata, atas rasa itu dia harus memikirkan bagaimana untuk mengatur strategi agar kehadirannya  tidak dikatakan sekadar melepaskan batuk di tangga.

"Benar, saya ada ramai sahabat yang terdiri daripada rakan media memandangkan sebelum ini saya merupakan seorang jurugambar yang banyak terlibat dengan industri hiburan.

"Pun begitu saya tak rasa ia satu laluan mudah kerana tanpa karya menarik, rakan-rakan media saya pun tak boleh nak tolong. 

"Justeru, nak tak nak saya kena belajar melobi diri untuk publisiti kerana saya tahu Pertama Kali sebuah karya yang bagus," katanya kepada mStar Online.

Salimey bersama isteri dan empat cahayamata kesayangannya. Foto dari facebook: Natrah MJ.

Dalam pada itu kata Salimey atau Salimey Abu Bakar, 15 tahun lalu dia pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam (PRO) di syarikat rakaman Zanzibar Records dan mengakui pengalaman sebagai PRO banyak mendedahkan dirinya dalam lapangan nyanyian.

"Sebagai PRO, tugas saya harus mempromosikan artis bawah label saya dan pada ketika itu salah seorang artis yang saya jaga ialah Fauzi Aisunam.

"Justeru, setiap kali bawa dia ke latihan menyanyi, saya tumpang sekaki sekadar suka-suka dan tak sangka ramai yang maklumkan saya ada bakat menyanyi," katanya yang berasal dari Selama, Perak.

Sementara itu, ujar bapa kepada empat cahaya mata ini lagi, dia tidak gentar dengan persaingan yang harus dihadapi biarpun perjalanan kerjaya nyanyiannya baru bermula pada usia 40-an.

"Terlambat? Saya tak patut jadikan itu sebagai alasan kerana ia terpulang bagaimana cara saya mencorak perjalanan kerjaya seni selepas ini. Sekarang apapun halnya, saya harus positif kerana karya saya bukanlah teruk sangat.

"Buktinya, Pertama Kali dipilih menjadi lagu runut bunyi untuk empat buah drama dan jelas lagu tersebut pasti ada kekuatannya sendiri," katanya sambil memaklumkan sebuah daripada drama tersebut berjudul Seharum Mawar kini sedang bersiaran sepanjang bulan Ramadan di saluran RTM sebanyak 30 episod.

Selain Seharum Mawar, tiga lagi drama lain iaitu Airmata Di Bumi Matador (RTM-26 episod), Hola Hermosa (RTM-26 episod) dan Pengemis Itu Saudaraku akan bersiaran Julai depan.

Tags / Kata Kunci: Salimey

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan