Aiman Tino Akhirnya Bersuara, Kesal Dengan Pengurus

Diterbitkan: Selasa, 13 Jun 2017 12:31 PM

Aiman Tino

(Ubah saiz teks)

DIKEMAS KINI 1.30PM

AIK? tak habis-habis lagi ke cerita isu bayaran mahal Aiman Tino ni? Ingatkan sudah selesai namun ia terus berpanjangan.

Tapi bak kata pepatah Melayu, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata! Mungkin ada pihak yang masih tak berpuas hati isu bayaran mahal itu.

Hal itu membuatkan Aiman Tino membuka mulut dengan permohonan maaf secara terbuka.

Aiman berkata, dia tidak bersalah dalam perkara tersebut, namun berasa bertanggungjawab untuk meminta maaf kepada pihak yang terasa hati.

"Bukan salah saya, tapi saya juga terasa hati. Saya penat-penat jaga hubungan baik dengan media tapi ada pula yang merosakkannya.

"Kalau mereka tidak mahu minta maaf biarlah saya dengan rendah diri minta maaf kepada semua yang terasa," ujarnya kepada mStar Online pada Selasa.

Aiman Tino Ada Hak Dibayar Tinggi, Dia Ada ‘Value’

Aiman mengulas tentang laporan pojok ruangan akhbar Ahad lalu yang mendakwa pengurusannya meletakkan harga tinggi untuk mendapatkan perkhidmatan penyanyi muda itu.

Aiman Tino kesal dengan masalah yang berlaku.

Dalam pada itu, Aiman berkata, wakil pengurusan seharusnya menjalankan tanggungjawab mereka dengan berhemah kerana mereka mewakili nama seseorang artis.

"Saya sudah beritahu jangan terlalu pentingkan pasal duit, saya sendiri tidak kisah terutama melibatkan media. Saya harap mereka melakukan urusan itu dengan baik bukan cara yang tidak bertolak-ansur," ujarnya.

Dalam pada itu, Aiman berkata, dia sendiri kesal kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan bekas pengurus di media sosial yang menghentam pihak media. 

"Perkara itu merosakkan reputasi saya. Tapi tidak mengapa saya sekarang sudah diuruskan oleh pengurus lain," ujarnya.

Menerusi ruangan pojok itu, pihak pengurusan penyanyi berkenaan tidak mahu bertolak ansur ketika diminta tawar-menawar terhadap harga berkenaan.

Perkara ini bukan sesuatu yang baharu, mStar Online sendiri pada artikel 28 April lalu pernah mendapatkan penjelasan terhadap harga penyanyi berkenaan.

Pihak pengurusannya berkata, penyanyi itu layak menerima bayaran tinggi berdasarkan populariti, nilai komersial dan permintaan terhadapnya.

Kebiasaan kadar bayaran untuk Aiman mengadakan persembahan di sekitar Kuala Lumpur serendah RM6,000.

Tags / Kata Kunci: Aiman Tino

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan