Saya Tak Salah! Itu Fitnah - Sufian Suhaimi

Diterbitkan: Ahad, 11 Jun 2017 12:33 PM

Sufian Suhaimi didakwa menggangu seorang wannita berstatus isteri orang di laman sembang Bigo Live.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Sufian Suhaimi membuat laporan polis berhubung dakwaan kononnya dia menggangu seorang wanita yang juga isteri orang di laman sembang dikenali Bego Live.

Sufian ketika dihubungi mStar Online berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Sungai Abong, Muar pada malam Sabtu lalu.

"Sejurus perkara itu tersebar luas di Twitter saya terus buat laporan polis sebagai salah satu langkah keselamatan diri saya.

"Laporan itu juga dibuat bagi memberitahu saya tidak bersalah dan telah difitnah selain berada di pihak benar," katanya.

Foto mirip Sufian yang dimuat naik di Twitter.

Sejak malam Sabtu, kecoh apabila seorang lelaki mendakwa Sufian menggangu isterinya menerusi beberapa entri di Twitter mendedahkan perbuatan penyanyi itu.

Individu itu memberitahu dia menyamar sebagai isterinya bagi memastikan sama ada akaun yang menggunakan nama penyanyi itu asli atau pun palsu di laman sembang tersebut.

Bagaimanapun dia terkejut apabila Sufian menghantar beberapa foto miliknya dan hasil semakan dia yakin keaslian gambar itu dan bukannya dicedok daripada internet atau pun laman sosial.

Lelaki itu turut bertindak memuat naik gambar itu selain paparan skrin daripada perbualan video mirip wajah Sufian.

Antara perbualan yang turut didedahkan.

"Saya bukan memfitnah. Saya saksi waktu kejadian. Saya sanggup jumpa Pian (Sufian)," tulisnya.

Dalam pada itu, Sufian, 25, berkata, dia langsung tidak menyangka menjadi mangsa fitnah di laman sosial tambahan pula sekarang semua umat Islam sedang berpuasa.

Kata Sufian, kejadian yang menimpa dirinya dan pelakon Shukri Yahaya seperti sengaja diada-adakan dengan menggunakan modus operandi sama.

"Apa yang saya lihat pendedahan itu seperti jadi trend pulak dengan modus operandi sama seperti mana berlaku kepada Shukri Yahaya.

Sufian menyangkal tuduhan tersebut.

"Ia membimbangkan kerana boleh berlaku kepada siapa sahaja demi kepentingan peribadi.

"Apa yang diperkatakan sama sekali tidak benar dan saya sendiri sebenarnya terkejut apabila membacanya dan terus membuat laporan polis," katanya.

Tags / Kata Kunci: Sufian Suhaimi

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan