Bukan Nak Berlagak Pandai - Janna Nick

Diterbitkan: Ahad, 11 Jun 2017 5:30 AM

Janna Nick tidak kisah apa orang nak kata tentang dirinya.

(Ubah saiz teks)

"SAYA tak pernah kisah apa orang nak cakap!" 

Itu tegas Janna Nick mengenai isu dia menunjuk-nunjuk melakukan ibadat dengan memuat naik foto di Instagramnya selepas mengerjakan solat tarawih.

Kata Janna Nick, 23, majoriti yang meninggalkan komen di foto tersebut memberi pandangan positif dan hanya segelintir sahaja mengutuk.

Malah menurut pemenang Pelakon Drama Wanita Terbaik Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 (ABPBH 2017) ini, dia tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara itu kerana menganggap ia tidak serius.

"Siapa kita nak jatuhkan hukum ikhlas atau tidak ibadat seseorang itu? Lagipun perkara ini bukanlah satu masalah atau isu yang besar untuk dibincangkan.

"Bulan yang mulia ini, apa kata fikir yang baik-baik saja," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Janna Nick memuat naik foto ini untuk mempromosikan telekung yang dihadiahkan kepadanya.

Dalam pada itu, Janna memberitahu dia membalas kritikan segelintir pengikutnya berhubung isu itu namun bukan bertujuan untuk mengeruhkan keadaan.

Sebaliknya, dia hanya ingin menjelaskan situasi sebenar dan bukan mahu berlagak pandai.

"Bukan niat saya untuk berlagak pandai atau nak menyakitkan hati orang lain.

"Tindakan saya membalas komen-komen itu untuk memberikan penjelasan kepada mereka yang telah salah faham," ujarnya.

Menerusi posting itu, Janna menjelaskan dia bukannya berniat untuk berlagak sebaliknya ingin menunjukkan telekung yang dipakai.

"Tak tunjuk solat witir wak, tunjuk telekung tu. Beli la saya jual, kalau tak tunjuk macam mana nak bisnes, terima kasih," tulisnya.

Tags / Kata Kunci: Janna Nick

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan