Haqiem Rusli Tak Menyesal

Diterbitkan: Ahad, 11 Jun 2017 5:30 AM

Haqiem Rusli memasang angan untuk mencipta lagu buat penyanyi Judika suatu hari nanti.

(Ubah saiz teks)

SEJAK lagu Pesan nyanyian Irfan Haris mendapat sambutan luar biasa peminat, ada bisik-bisik mengatakan kenapa pencipta lagu tersebut iaitu Haqiem Rusli tidak guna sahaja lagu tersebut untuk single terbarunya? Tidakkah dia menyesal?

Diajukan persoalan ini, Haqiem, 19, berkata, perkara itu dianggap sebagai satu pertaruhan untuknya menguji sejaumana bakatnya dalam lapangan penciptaan lagu yang dilihat masih hijau padanya.

"Saya pernah diajukan persoalan ini daripada peminat dan tidak ralat sama sekali. Sebaliknya saya harus berterima kasih kepada Irfan Haris kerana menjadikan lagu ini cukup indah sehingga diterima pendengar.

"Sebetulnya antara saya dan Irfan, kami sudah sepakat dari awal untuk kami sama-sama gunakan populariti masing-masing bagi meraih publisiti. 

Nampaknya segala apa yang dirancang berjalan lancar," ujarnya kepada mStar Online.

Irfan Haris dapat menyanyikan lagu lagu Pesan dengan baik.

Pada masa artikel ini ditulis, lagu Pesan yang dimuat naik ke laman YouTube sejak 23 Mei lalu sudah ditonton sebanyak melebihi satu juta tontonan.

Dalam pada itu kata Haqiem, kolaborasi ini juga bertujuan untuk membuktikan kepada industri muzik bahawa penyanyi muda seperti mereka juga mempunyai misi dalam mewarnai lagi lapangan muzik dengan karya-karya yang lebih segar.

"Kalau kali ini saya buat lagu untuk Irfan Haris seterusnya untuk Putera Band, mana tahu akan datang saya boleh buat lagu untuk idola-idola saya pula seperti Judika dan Datuk Jamal Abdillah.

"Memang tinggi impian itu namun tak salah kalau kita bercita-citakan?" katanya penuh harapan.

Tambahnya lagi, bergelar seorang komposer muda tidak pernah terdetik di dalam hatinya sebelum ini.

"Saya budak kampung dan hanya tahu menyanyi. Jadi bila bakat ini datang, saya melihat ianya satu anugerah tak terduga dari Allah yang harus saya ketengahkan. Doakan yang terbaik untuk saya," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Haqiem Rusli , Irfan Haris

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan