Fizi Ali Mahu Bawa Shakilla Khoriri Pusing KL

Diterbitkan: Sabtu, 10 Jun 2017 5:10 AM

Fizi dan kekasihnya, Shakilla bakal bertunang pada 16 Julai ini.

(Ubah saiz teks)

AIK... tarikh nak bertunang dah ada, tarikh kahwin belum lagi? Antara kahwin dengan bertunang agak-agaknya mana lebih penting? Hehe... berceramah pulak ye?

Kata penyampai Suria FM, Fizi Ali, punca dia masih belum menetapkan tarikh perkahwinannya dengan aktres Shakilla Khoriri kerana mahu menumpukan perhatian kepada majlis pertunangan mereka yang akan diadakan pada 16 Julai depan.

"Buat masa sekarang saya belum buat apa-apa persiapan kahwin lagi. Kalau boleh nak selesaikan urusan pertunangan kami pada 16 Julai ini terlebih dahulu.

"Selepas semuanya selesai, barulah saya fikir untuk membuat persediaan majlis seterusnya. Insya-Allah bila sudah ada tarikh yang sesuai, kami akan umumkan," kata Fizi.

Fizi Ali ditemui pada pelancaran Suria FM Segalanya Lebih Bermakna di Megaview, Menara Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Walaupun belum ada persediaan kahwin, Fizi atau Muhd Hafizudin Alimudin, 28, sudah merancang aktiviti yang akan dilakukan bersama bakal isterinya.

Wah... mesti Fizi tak sabar nak melakukan aktiviti bekerluarga selepas kahwin. Meh kita tanya apa aktiviti yang Fizi rancang untuk lakukan bersama isteri bila sudah berkahwin.

Fizi dan Shakilla sudah empat tahun menjalinkan hubungan cinta. 

1. Benda pertama yang saya nak buat adalah bawa isteri pergi ke Pulau Maldives untuk berbulan madu. Rasanya semua pasangan yang baru berkahwin pilih lokasi itu.

2. Insya-Allah jika diberi rezeki lebih, saya nak beli rumah selepas kahwin.

3. Kebetulan saya dan Shakilla mempunyai hobi yang sama iaitu mendaki. Mungkin selepas ini, kami boleh pergi mendaki ke gunung-gunung yang lebih mencabar seperti Gunung Everest.

4. Kalau boleh selepas kahwin itu, saya nak cepat-cepat ada anak. Biasalah pasangan yang baru berkahwin, sudah pasti mereka mahukan anak. Nak tahu juga acuan muka kita ini macam pula.

5. Selalu saya tonton filem Hollywood, bila jadi suami dan isteri mesti waktu cuti mereka habiskan masa mengemas rumah. Saya pun teringin nak buat seperti dalam filem itu.

6. Jika diberi peluang, saya nak berlakon bersama isteri. Itupun kalau ada yang melihat bakat terpendam ini. Seronok juga kalau dapat berlakon sama, tambah pula sudah sah.

7. Untuk aktiviti terakhir pula, saya nak bawa isteri pusing Kuala Lumpur dengan motosikal. Sebab naik kereta itu sudah selalu dan biasa sahaja. Nak rasa suasana angin atas motor pula.

Tags / Kata Kunci: Fizi Ali , Shakilla Khoriri

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan