Kasihan Qody! Suara Sengau, Muka Pula Kebas

Diterbitkan: Jumaat, 9 Jun 2017 5:15 AM

Qody bakal keluar single kedua.

(Ubah saiz teks)

SETAHUN menghilang tanpa khabar berita, bakat yang lahir melalui program Mentor Milenia 2016, Qody memberitahu dia mengalami penyakit Sindrom Guillain–Barré atau SGB iaitu kebas seluruh muka.

Qody, 22, berkata, penyakit tersebut menyebabkan dia tidak dapat merasai sebarang pergerakkan pada wajahnya sehingga turut menjejaskan suara.

"Pada bulan Februari lalu saya mengalami sakit agak pelik iaitu Sindrom Guillain–Barré atau SGB yang membuatkan saya hampir-hampir putus asa.

"Selama dua bulan juga saya terlantar tidak rasa apa-apa terutama di bahagian muka, tidak boleh senyum dan seperti kebas seluruh wajah. Malah, suara saya juga menjadi sengau dan tidak keluar," ujarnya kepada mStar Online.


Qody bersama rakan-rakan selebriti pada majlis berbuka puasa The 8 Unit.

Qody ditemui pada majlis berbuka puasa The 8 Unit & Monkey Bone, pada Selasa lalu.

Pemilik nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani berkata, dia mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Saraf Islam di Jitra, Kedah.

"Ia bermula selepas saya demam selama dua minggu dan badan menjadi kebas. Saya tidak boleh makan dan minum kerana tidak mampu membuka mulut.

"Keluarga hantar saya berubat di banyak tempat juga. Alhamdulillah, sekarang sudah baik sepenuhnya," ujarnya.

Sementara itu, Qody berkata, dia bimbang dengan komitmen yang ketika itu dalam perancangan menerbitkan single kedua.

"Saya ditawarkan untuk menyanyi lagu tema drama Akasia berjudul Dia yang akan ditayangkan selepas drama Ku Kirim Cinta.

"Nasib baik juga drama tersebut ditunda-tunda tarikh tayangannya, kalau tidak saya terlepas peluang untuk lagu tema drama 60 episod itu," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Qody , Mentor Milenia , Black , Dia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan