Hans Isaac Tunda Kahwin

Diterbitkan: Jumaat, 9 Jun 2017 9:02 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon dan produser filem Datuk Hans Isaac (gambar) terpaksa menunda majlis perkahwinan dengan Gabrielle Robinson, 28, yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai ini.

Hans, 46, berkata, penundaan tersebut disebabkan bakal bapa mertuanya tidak dapat pulang ke Malaysia pada tarikh berkenaan.

"Saya terpaksa menangguhkan perkahwinan kepada tarikh lain kerana bapa Gabrielle tidak dapat datang kerana terikat dengan kontrak di Austria.

"Kami mungkin akan melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi mengikut tarikh kesesuaian dan kekosongan hotel Majestic. Buat masa ini pihak hotel belum beritahu tarikh yang ada.

"Tapi ia akan berlangsung pada tahun ini juga," ujarnya kepada mStar Online.

Hans ditemui pada majlis tayangan program raya Astro yang diadakan di hotel Majestic, malam Jumaat.

Dalam pada itu, Hans berkata, persiapan untuk majlis berkenaan hampir siap sepenuhnya.

"Semua hampir siap dan ia boleh dikatakan saya berbelanja agak mewah kerana ini merupakan masa yang paling dinantikan dalam hidup saya.

"Jadi, apa juga yang keluarga ingin lakukan saya setuju sahaja," ujarnya.

Tambahnya, dia juga tidak menerima sebarang tajaan daripada mana-mana pihak untuk majlis bahagia berkenaan.

Tags / Kata Kunci: Hans Isaac , Gabrielle Robinson

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan