'Kepala Bergetar' Kata Fattah & Fazura Paling Popular

Diterbitkan: Jumaat, 9 Jun 2017 5:30 AM

Pasangan Hero Seorang Cinderella.

(Ubah saiz teks)

SEPANJANG Ramadan kita disajikan dengan pelbagai drama menarik gandingan pelakon yang mantap di setiap stesen televisyen.

Menerusi sebuah blog Kepala Bergetar yang menyiarkan drama-drama tempatan secara dalam talian mendapati lima buah drama paling mendapat perhatian dan pemintaan tinggi.

1. Hero Seorang Cinderella (Fattah dan Fazura)

Drama lakonan pasangan popular Fattah Amin dan Fazura sememangnya menjadi pilihan utama apabila mendapat sebanyak 460,161 tontonan setakat ini. Drama ini masih lagi ditayangkan.

Hero Seorang Cinderella membariskan pelakon pelakon popular semakin menjadi fenomena apabila mempunyai peminat tersendiri dengan memberi gelaran Fattzura kepada pasangan tersebut.

Drama berkenaan mula ditayangkan pada 22 Mei lalu dan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di saluran Astro Ria.

Drama ini terbitan Cube Film Sdn Bhd dan hasil arahan Michael Ang dan Hadith Omar.

Ia merupakan adaptasi dari novel popular karya Anjell.

2. Andainya Takdir (Shukri Yahaya dan Nina Iskandar)


Drama lakonan aktor Shukri Yahaya bersama Nina Iskandar ini turut mendapat perhatian apabila mendapat 103,376 tontonan sepanjang minggu ini.

Andainya Takdir yang menghiasi slot Samarinda ini mengisahkan tentang ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran.

Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya (Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta.

Drama Andainya Takdir diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd dan pengarah Along Kamaludin. Ia bersiaran di Slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis pukul 10.00 malam.

3. Ku Kirim Cinta (Ayda Jebat dan Redza Rosli)


Drama lakonan pasangan serasi Ayda Jebat dan Redza Rosli ini juga antara yang dilihat mengeluarkan kos besar bagi menjalani penggambaran di luar negara.

Ku Kirim Cinta ditonton secara dalam talian di blog tersebut sebanyak 88,262.

Drama 28 episod ini mengisahkan tentang Zarul dan Nisha terkenal sebagai pasangan paling romantik di kolej mereka. Kehebatan Zarul merangkai ayat-ayat cinta memang memukau. Selepas menamatkan pengajian Diploma, Nisha ditawarkan belajar di Australia, manakala Zarul meneruskan pengajian ijazah di tanah air.

Ketika Nisha di Autsralia, percintaan mereka diteruskan emel dan WhatsApp.

Setahun kemudian, Zarul disahkan menghidapi leukimia tahap kritikal dan hayatnya tidak lama. Zarul menyembunyikan penyakitnya daripada Nisha dan membalas kiriman rindu Nisha seperti biasa.

Ku Kirim Cinta mengisi Slot Akasia di TV3 bermula pada 22 Mei 2017. Drama ini diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin.

4. Pembancuh Kopi Mr Vampire (Ungku Ismail dan Nazeera Sardi)


Drama lakonan pelakon Ungku Ismail dan Nazeera Sardi ini diarahkan oleh Aii Fariza dan ditayangkan di saluran HyppTV.

Drama ini mendapat sebanyak 76,434 tontonan pada minggu ini.

Alif Irsyad lakonan Ungku Ismail sebagai seorang pengarah syarikat besar tidak pernah mengimpikan jatuh cinta pada seorang pembantu kedai. Teori Irsyad mudah. Gadis biasa seperti Nuzul tidak layak digandingkan bersamanya.

Alif Irsyad dengan yakin memberitahu rakannya Saiful bahawa dia tidak mudah jatuh cinta lebih-lebih lagi kepada perempuan yang tidak setaraf. Namun telahannya meleset apabila hatinya mula terpaut kepada wanita bernama Nuzul itu.

Pembancuh Kopi Mr Vampire menemui penonton pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam di saluran HyppSensasi 116.

5. Semusim Rindu (Ben Amir dan Intan Ladyana)


Drama yang baharu seminggu ditayangkan ini turut mendapat perhatian sehingga dicari untuk tontonan secara dalam talian.

Semusim Rindu mendapat tontonan 49,187 sejak ia mula ditayangkan pada 30 Mei lalu.

Drama Semusim Rindu merupakan terbitan MIG Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Ejump Zahir.

Drama ini diadaptasi dari novel karya Aleya Aneesa ini mengisahkan Hajar Adira yang kehilangan kedua ibu bapanya, sejak itu dia tinggal bersama ibu saudaranya, Nazimah.

Hajar selalu didera oleh Nazimah dan tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilalui selama 5 tahun, Hajar nekad melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah.

Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar hilang punca tanpa mengetahui arah untuk dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat.

Bersiaran 40 episod di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan