Amira Othman Jawab Khai Bahar Pakwenya

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 5:00 AM

Foto yang dimuat naik Amira di laman Instagramnya yang menimbulkan gosip cinta antara mereka. Foto Instagram @amiraaothman

(Ubah saiz teks)

"KHAI Bahar itu hanya pangkat adik saya saja la," jelas Amira Othman apabila ditanya hubungannya dengan penyanyi itu.

Baru-baru ini timbul desas-desus mengatakan Amira, 24, sedang bercinta dengan penyanyi yang popular dengan lagu Bayang  itu selepas mereka dilihat duduk bersebelahan pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang berlangsung pada bulan lalu.

Spekulasi mula hangat apabila Amira turut memuat naik foto bersama Khai di laman Instagramnya.

Kata Amira, dia tidak tahu bagaimana gosip itu timbul memandangkan dia dan Khai Bahar tidak pernah berhubung secara rapat kerana mereka hanya bertemu ketika di majlis atau acara hiburan sahaja.

"Kebetulan saja tempat duduk saya ketika itu bersebelahan dengan ibu dan bapa Khai. Bukan saya yang menentukan tempat itu. Saya ada dengar juga gosip ini tapi rasa kelakar pula.

Amira Othman.

"Saya gelar diri saya kakak dan panggil dia adik. Jadi, tak mungkin kami ini sedang bercinta," kata Amira ketika dihubungi mStar Online.

Amira memberitahu dia tidak berhajat mencari pasangan hidup dalam industri yang sama kerana dia seorang yang cepat cemburu.

"Kalau boleh saya memang tak nak bercinta dengan orang dalam industri seni. Saya ini cepat cemburu dan tak boleh tengok bila kekasih saya dengan wanita lain walaupun sekadar untuk bekerja," ujarnya yang masih lagi solo. 

Namun, Amira tidak menolak jika ditemukan dengan orang yang sama bidangnya. 

Dalam pada itu Khai pula ketika dihubungi mengakui dia ada ditanya mengenai gosip tersebut namun dia hanya mampu menjelaskan mereka tiada hubungan istimewa.

Khai Bahar.

"Kelakar pun ada bila ramai yang bertanyakan saya soalan ni termasuk peminat-peminat. Hanya kerana tempat duduk kami bersebelahan tanpa dirancang, terus kena 'bahan' ya!" ujar jejaka 23 tahun ini.

"Khai tak pernah jumpa Amira secara peribadi dan kalau jumpa pun atas urusan persembahan pentas.

"Jadi, bila isu ni kecoh, Khai adalbertanyakan Amira macam mana nak settle (ketawa) dan pesannya, cakap aje la perkara betul yang antara kami tidak lebih daripada adik dan kakak sahaja," katanya.

Di satu sisi, kata Khai gosip tersebut tidak pula mengganggu emosinya selain menganggap ia secebis kisah dan asam garam yang perlu dilaluinya setelah bergelar artis. 

Dalam perkembangan lain Khai bakal mengeluarkan single ketiga ciptaanya sendiri berjudul Luluh selepas Aidilfitri depan.

Tags / Kata Kunci: Amira Othman , Khai Bahar

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan