Okey Ke Kalau Aiman Tino Dan Sweet Qismina Bercinta?

Diterbitkan: Khamis, 8 Jun 2017 5:10 AM

Peminat samakan wajah Aiman Tino dan Sweet Qismina. Foto Instagram @official_aimantino.

(Ubah saiz teks)

BOLEH dikatakan trend peminat sekarang gemar menjodohkan artis kesayangan dengan pilihan mereka. Baru-baru ini peminat heboh nak jodohkan penyanyi Aiman Tino dengan pelakon Sweet Qismina.

Keterujaan mereka untuk melihat Aiman dan Sweet Qismina bercinta bermula sejak penyanyi lagu Permata Hati ini memuat naik foto mereka berdua di laman Instagram miliknya.

Ruang foto itu dipenuhi dengan komen peminat Aiman dan Sweet yang mahu mereka menjadi pasangan kekasih. Malah ada juga segelintir peminat yang ingin melihat mereka berkahwin.

Aiman Tino. 

Aiman, 19, antara bintang baru yang meningkat naik secara mendadak dan mempunyai ramai peminat biarpun kehadirannya di industri seni boleh dikatakan baru setahun jagung.

Ada juga peminat perempuan yang meluahkan rasa kecewa dan sedih melihat Aiman dan Sweet bersama.

Antara masej yang ditinggalkan seperti berikut:

@nuraafaa : boleh naik pelamin ni

@nqyhnzm : muka samalah, ada jodoh hahaha @sweetqismina @official_aimantino 

@rina.waf : Sweet lah korang ape salahnya kalau korang bercinta kan @sweetqismina @official_aimantino

@officiall_nina012 : handsome haihh jealous

@lerry_nilikcon : sakit pula kita


Sehingga kini Aiman mahupun Sweet tidak memberi sebarang maklum balas di ruang komen.

Mana tahu apa yang diperkatakan peminat-peminat mereka menjadi kenyataan. Apa-apa pun, Aiman dan Sweet masih muda dan perjalanan mereka masih lagi jauh untuk memikirkan hal perkahwinan.

Untuk bercinta, mungkin tiada halangan. Masing-masing masih solo, apa salahnya kan!

Tags / Kata Kunci: Aiman Tino , Sweet Qismina

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan