Wany Hasrita Diusik Artis Lelaki

Diterbitkan: Rabu, 7 Jun 2017 4:07 AM

Wany akui tidak pernah ambil serius dengan gurauan 'pick up line' dari rakan-rakan artis lelaki.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Wany Hasrita memberitahu, hampir setengah tahun mencipta nama dalam industri seni, dia kini semakin selesa bergaul dengan insan-insan seni lain berbanding di awal kemunculannya dulu. 

Malah kata penyanyi Menahan Rindu ini lagi, sikap sesetengah artis terutama lelaki yang gemar menyakat dirinya membuatkan dia semakin terbuka menerima sebarang usikan tersebut.

Aii dik? Orang dah usik tu kena faham-fahamlah, mungkin ada yang betul-betul serius nak dekat. 

"Memang sejak dari dulu saya sering kena usik dengan mereka (artis-artis lelaki) dan saya tahu itu sekadar usikan sahaja memandangkan saya masih hijau dalam bidang ini.

"Apa-apa pun tidak saya nafikan kadang-kadang dengan cara inilah hubungan antara kami jadi lebih rapat dalam suasana santai dan saya tidak pernah ambil serius soal usik ni," katanya kepada mStar Online.

Kata Wany, badannya semakin susut kerana sering mengamalkan pemakanan kurang berkhasiat sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, kata Wany atau Nurshazwany Hasrita Abdullah, biarpun seringkali disoal tentang cinta, perkara itu tidak pernah dijadikan satu bentuk tekanan untuk dia terus memberi fokus pada kerjaya nyanyiannya hari ini.

"Orang berhak bertanya dan buat masa sekarang apa yang boleh saya jawab, saya masih solo. Klise kan? Tetapi itulah hakikatnya. 

"Kesibukan yang membataskan saya untuk memikirkan semua perkara itu buat waktu sekarang," ujarnya tersenyum.

Di satu sisi, Wany ketika di soal mengenai fizikalnya yang semakin susut sejak akhir-akhir mengakui ada beberapa faktor membuatkan dirinya dalam keadaan sebegitu.

"Itulah, emak saya pun tegur tapi apa yang saya perasan selain berpuasa, kesibukan memenuhi jadual kerja menjadikan rutin makan saya jadi tidak menentu.

"Kadang-kadang pemakanan saya juga tiada khasiat kerana sering ke drive thru (pandu lalu) restoran makanan segera disebabkan sering berkejar ke tempat show dan penggambaran," katanya.

Pun begitu ujar Wany, selepas berpuasa dia akan pastikan berat badannya kembali ideal seperti dulu.

Tags / Kata Kunci: Wany Hasrita

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan