Fuh! Lebih 2 Juta Tonton Pemuda Nyanyi 'Despacito' Bahasa Melayu

Diterbitkan: Rabu, 7 Jun 2017 4:07 AM

Empat anak muda menyanyikan lagu Despacito versi Melayu.

(Ubah saiz teks)

EMPAT anak muda mendapat perhatian apabila menyanyikan semula lagu terbaharu nyanyian Justin Bieber ft Luis Fonsi & Dady Yankee berjudul Despacito.

Video berdurasi 3.50 minit itu dimuat naik pada 15 Mei lalu sudah mencecah lebih 2 juta tontonan di Youtube.

Lagu yang ditukar lirik ke Bahasa Melayu dengan judul Incognito mengisahkan tentang lelaki yang putus cinta dan ditinggalkan kekasih.

Sebanyak lebih 4,000 komen daripada pendengar yang rata-ratanya memainkan lagu tersebut lebih daripada sekali serta menganggap ia sebagai berhantu.

Penyanyi asal lagu Despacito iaitu Luis Fonsi & Dady Yankee

Antara komen netizen seperti berikut:

@Aura Trainin' Center : Ini semua ni sihir..!! sihir ni..! Apa punya sihir diorg (dia orang) pakai.. sampaikan berulang-ulang kali kena dengar... hahaha.

@Nor Azimah : Korang jangan mula dengar... sekali dengar terasa nak menari jer.. wakaka.. gila berhantu kot.

@Muhammad Emy Asraff Mohd Arnawi: Berhantu betul lagu ni.. tak boleh nak move on dengar lagu ni.

@sharul azlan: Layan lagu ini tiap hari lepas sahur sampai subuh ulang-ulang.

Sementara itu, seorang daripada pembaca memberitahu, empat anak muda berkenaan berasal dari Singapura.

Lagu Despacito nyanyian asal Daddy Yankee & Luis Fonsi ft Justin Bieber ini dilancarkan pada Januari lalu mendapat sambutan luar biasa.

Sehingga kini lagu berbahasa Sepanyol itu masih menduduki tangga pertama carta Itunes Malaysia.

Ayuh... dengar lagu Despacito versi bahasa Melayu.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan