Anak Kesayangan Ayah Dah Pergi...

Diterbitkan: Rabu, 7 Jun 2017 9:41 AM

Anak lelaki Bazli (UNIC) meninggal dunia akibat penyakit kanser kalenjar.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anak lelaki anggota kumpulan UNIC iaitu Bazli Hazwan Che Osman meninggal dunia  awal pagi Rabu akibat kanser di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Perkara itu disahkan sendiri oleh Bazli menerusi mesej yang kemudiannya dimuat naik di Instagram rasmi kumpulan itu, @unicofficials kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Mohd Syahid yang berusia empat tahun meninggal dunia selepas menderita kanser kalenjar tahap tiga pada Januari lalu.

Bazli dalam satu posting di Instagram miliknya menyifatkan pemergian anak kesayangannya itu sebagai bintang syurga.

Beritahu Bazli lagi dalam satu posting lain dia akan merindui saat mereka menghabiskan masa membaca al-Quran bersama-sama.

"Anak kesayangan ayah @syahid_bintangsyurga dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan Syahid...Anakku," tulisnya.

Sementara itu, solat jenazah akan diadakan di Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh selepas solat Zohor.

Tags / Kata Kunci: Bazli , UNIC

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan