"Mereka Mengata Kerana Tidak Di Tempat Saya"

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 5:15 AM

Linda Rafar akan membuat ujibakat mencari pelakon kanak-kanak yang mempunyai personaliti seiras arwah anaknya, Memen.

(Ubah saiz teks)

"MEREKA boleh mengata kerana mereka tidak berada di tempat saya..." 

Itu antara luahan bekas anggota kumpulan Elite, Linda Rafar apabila keputusannya untuk menerbitkan sebuah drama bagi mengenang arwah anaknya, Memen cuba dipertikai sesetengah pihak seolah-olah dia belum boleh menerima kehilangan itu.

Linda, 39, berkata, karya Menunggumu Di Pintu Syurga itu perlu divisualkan dalam bentuk drama dan filem untuk berkongsi bagaimana dia mendapat kekuatan menempuh situasi itu.


Linda Rafar bakal berduet dengan seorang penyanyi terkenal untuk sebuah lagu yang ditujukan khas untuk arwah Memen.

"Bukan saya tak boleh 'move on' dari kesedihan tetapi mewakili insan yang pernah kehilangan orang tersayang, saya terpanggil untuk berkongsi rasa dan mahu mereka lebih kuat menempuh hari-hari mendatang menerusi drama ini.

"Saya berharap selepas ini orang akan tahu tujuan saya menerbitkan drama ini bukan untuk terus meratap pemergian arwah seperti yang diperkatakan, sebaliknya mahu berkongsi bagaimana saya mula mendapat kekuatan menempuh hari-hari tanpa insan tersayang yang pergi secara tiba-tiba," katanya kepada mStar Online.

Karya Menunggumu Di Pintu Syurga pernah yang sebelum ini dihasilkan dalam bentuk novel akan diterbitkan sebagai sebuah drama dan filem. 

Arwah Memen atau Rezaiman Keifli menghidap ketumbuhan kronik di dalam perut sebelum meninggal dunia pada 5 Julai 2014.

Dalam pada itu Linda atau Azlinda Rafar berkata, bagi menyelami watak arwah anaknya itu agar nampak lebih realistik, beliau sendiri akan mengetuai sesi uji bakat agar pelakon yang dipilih mempunyai persamaan dengan personaliti seiras arwah.

"Benar, saya sendiri akan lakukan uji bakat untuk watak arwah Memen di mana pelakon tersebut harus berusia sekitar 11 tahun, mempunyai bentuk tubuh dan tona suara seperti arwah kerana saya percaya faktor-faktor ini akan memberi lebih feel kepada semua pelakon terutama saya sendiri sebagai ibunya," kata Linda.

Dalam perkembangan lain, Linda memberitahu dia kini sudah menemui penyanyi untuk berkolaborasi menerusi sebuah lagu yang dicipta khas untuk arwah anaknya itu.

Linda melalui dua kali alam rumah tangga di mana menerusi perkahwinan pertama bersama Keifli Othman, dia dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 17 dan Rezaiman Keiflin, (meninggal pada usia 12 tahun pada 2014).

Manakala perkahwinan kedua bersama pelakon Syed Aiman pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 9, dan Syed Rezariiq, 6.

Tags / Kata Kunci: Linda Rafar

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan