Saharul Ridzwan & Isteri Timang Anak Lelaki

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 5:57 PM

Saharul dan Qaabila menimang cahaya mata lelaki pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan iaitu Qaabila Deena Emir selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Selasa.

Berita itu diumumkan oleh aktor berusia 28 tahun itu menerusi Instagram miliknya kira-kira pada pukul 5 petang.

Bagaimanapun Saharul tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai kelahiran anak lelakinya itu namun mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan peminat kepadanya dan isteri.

"Syukur. Tak payah kapsyen panjang buat masa sekarang ini. Saya nak layan detik paling best ini dulu.

"Terima kasih semua. Baby boy Baba dah panggil dah," tulisnya.

Terdahulu, Saharul memaklumkan isterinya sudah dimasukkan ke hospital untuk bersalin dan meminta salah silap dan dosa mereka dimaafkan.

"Semoga Allah dan para malaikat bersama isteri saya, agar diberi kekuatan pada isteri untuk berjihad lahirkan anak kami nanti.

"Doakan isteri dan anak saya dalam keadaan baik," tulisnya lagi.

Saharul melangsungkan perkahwinan dengan Qaabila Deena pada 16 September tahun lalu.

Tags / Kata Kunci: Saharul Ridzwan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan