Hijjaz Bardakwah Dengan Cara 'Rap'

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 5:10 AM

Hijjaz akan terus berkarya dalam menyebarkan dakwah dalam lagu. Foto Ihsan Instagram @munifhijjazofficial

(Ubah saiz teks)

KEJAYAAN kumpulan Hijjaz dalam Gema Gegar Vaganza (GGV) apabila mendapat tempat kedua membuatkan mereka menaruh harapan untuk berdakwah menerusi lagu rap.

Anggotanya, Munif Ahmad berkata, walaupun berasa janggal namun dia perlu bersikap positif dalam menarik golongan itu untuk berdakwah.

"Jika bukan kerana GGV mungkin saya tidak akan menyanyi rap dan kalau kami buat pun orang akan anggap kami pelik.

"Tetapi GGV dah buka ruang itu sebagai cabaran penonton agar dapat menerimanya, jadi tidak pelik jika kami menyanyi rap selepas ini.

"Tambahan pula anak-anak muda suka dengan konsep lebih santai jadi tidak salah mencuba asalkan ia tidak keterlaluan atau melanggar syariat Islam," jelasnya.

Hijjaz bakal melancarkan single terbaharu tidak lama lagi.

Selalu Munif Ahmad, Hijjaz dianggotai oleh Isman Nadim, Mohd Faizal dan Muhammad Ariffin.

Munif berkata, mereka bersyukur undangan mengadakan persembahan padat sehingga akhir Ramadan sejurus selesai GGV.

Ujarnya populariti selepas menyertai GGV amat tinggi dan terkejut apabila diserbu golongan muda ketika mereka mengadakan persembahan pentas atau bertemu di masjid.

"Saya teringat satu peristiwa ketika berada dalam masjid untuk solat Jumaat, ramai anak muda menegur dan bersalaman kerana menonton saya dan Hijjaz dalam GGV.

"Rata-rata memberitahu mereka mula meminati lagu-lagu Hijjaz membuatkan saya terharu kerana kejadian seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Hijjaz , Gema Gegar Vaganza

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan