Tujuh Tahun Dafi Jadi Hamba Ubat Kurus

Diterbitkan: Selasa, 6 Jun 2017 5:25 AM

Dafi kini kembali aktif dengan seni bela diri Muay Thai sejak dua bulan lalu.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Dafi memberitahu, selama tujuh tahun dia terpaksa menjadi 'hamba' kepada beberapa jenis ubat-ubatan semata-mata untuk tampil kurus.

Bagaimanapun, kata Dafi atas nasihat doktor dia telah menghentikan pengambilannya serta-merta sebelum bertukar kepada aktiviti dalam seni bela diri Muay Thai.

"Bayangkan selama tujuh tahun saya jadi 'hamba' kepada pelbagai jenis ubat kurus setiap hari dalam kuantiti melebihi sukatan yang disyorkan tanpa menyedari bahayanya.

Dek kerana taksub nak kurus, kata Dafi dia pernah mengambil ubat kurus lebih dari sukatan yang sepatutnya setiap hari selama tujuh tahun.

"Lebih parah ia hampir menjadi satu 'ketagihan' sehinggalah saya dinasihatkan doktor untuk segera berhenti mengambilnya dan apa yang terjadi selepas itu, badan saya terus naik mendadak ," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu Dafi atau Gadaffi Ismail Sabri berkata, suatu ketika dirinya pernah hilang keyakinan diri setiap kali ditegur gemuk dan ia disifatkan sebagai satu perkara yang amat memalukan.

"Selama mana telinga ni tahan ditegur gemuk oleh orang sekeliling sehinggalah saya ambil keputusan untuk kembali menyertai kelas Muay Thai," katanya.

Tambah penyanyi lagu Bila Terasa Rindu ini lagi, sejak kembali  aktif dalam Muay Thai kira-kira dua bulan lalu, fizikalnya kini kerap berpeluh dan dia percaya perkara itu disebabkan tindak balas toksin di dalam badan. 

"Biarpun rasa kurang selesa dengan keadaan itu, sekurang-kurangnya saya berasa lega  kerana proses untuk kurus kali ini berlaku secara sihat tanpa bergantung kepada ubat-ubatan yang berbahaya," katanya.

Menyentuh mengenai perkembangan terkini, Dafi akui dia agak terkejut dengan sambutan single terbarunya berjudul Girl  yang dimuatnaik ke laman Youtube awal Januari lalu kini  berjaya mendapat lebih sejuta tontonan.

Menyifatkan ia satu sokongan luar biasa peminat, bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini bercadang untuk memberi peluang kepada dua orang peminatnya yang bertuah bagi menjayakan penggambaran klip video lagu tersebut selepas Aidilfitri depan.

"Kriterianya, gadis itu mestilah muda dan comel selari dengan konsep lagu Girl  itu sendiri yang catchy dan segala perkembangan tentang pencarian ini akan saya maklumkan di laman sosial dari semasa ke semasa," ujarnya

Tags / Kata Kunci: Dafi

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan