Tiada Sebab Juliana Evans Berhenti Berlakon

Diterbitkan: Sabtu, 3 Jun 2017 5:30 AM

Juliana dan Tengku Shariffuddin berkahwin pada 30 April lalu. Foto Instagram @julianaevans

(Ubah saiz teks)

BAHARU sahaja mendirikan rumah tangga pada April lalu, dapat dilihat betapa gembiranya aktres Juliana Evans melalui kebahagiaan bersama suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj.

Lihat sahaja di Instagram Juliana, terpancar sinar gembira di wajahnya menerusi foto-foto bersama suami yang dimuat naik. Beruntung Juliana.

Bertemu dengannya pada sidang media pelancaran filem The Secret Life of Pets versi bahasa Malaysia pada Khamis lalu, Juliana mencuri perhatian semua yang hadir.

Membuka bicara, Juliana, 27, berkata, kehidupannya kini selepas berkahwin sangat indah dan berbeza berbanding sebelum mendirikan rumah tangga.

"Dulu hidup bujang lain dan sekarang sudah berkahwin, ia sangat indah. Kalau dulu asyik bersama keluarga, sekarang berkepit dengan suami pula.

Suami membenarkan Juliana terus berlakon.

"Alhamdulillah keluarga mertua juga ramah walaupun saya cuba membiasakan diri namun mereka semua sangat bersahaja," katanya.

Bercakap mengenai karier seninya selepas berkahwin, Juliana berkata, dia tidak berhasrat untuk meninggalkan bidang seni sebaliknya akan meneruskan kerjayanya seperti biasa.

Kata Juliana, suaminya juga tidak menghalang dia terus berlakon atau meletakkan sebarang syarat namun sebagai isteri dia akan lebih bersikap selektif terhadap watak diterima agar sesuai dengan statusnya kini.

"Tiada sebab saya perlu perlahankan karier kerana suami dan keluarga mertua juga menggalakkan saya meneruskan kerja seperti biasa.

"Tetapi sebagai seorang isteri saya akan menjaga batas dan lebih memilih terhadap tawaran diberikan agar ia bersesuaian dengan status saya kini," katanya.

Bagaimanapun kata Juliana, buat masa ini dia menolak sebarang tawaran berlakon untuk memberikan tumpuan kepada rumah tangganya.

Tags / Kata Kunci: Juliana Evans

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan