Hafidz Roshdi, Isteri Enggan Tahu Jantina Anak

Diterbitkan: Jumaat, 2 Jun 2017 5:10 AM

Hafidz Roshdi bersama isterinya yang kini hamil enam bulan. Foto dari Instagram Hafidz Roshdi.

(Ubah saiz teks)

PELAKON Hafidz Roshdi  mengambil keputusan untuk tidak mengetahui status jantina anak biarpun kandungan isterinya Nurul Shuhada Mat Syukri kini sudah memasuki enam bulan.

Hafidz, 23, ketika ditemui mStar Online memberitahu, dia dan isteri ingin menjadikan perkara itu sebagai satu kejutan bagi menambah keterujaan menyambut hari kelahiran nanti.

"Buat masa ni biarlah ia menjadi rahsia sebab dari awal kami memang mahu jadikan ini antara kejutan.

"Perempuan atau lelaki, kami tidak kisah asalkan bayi itu nanti sihat walafiat, itu dah cukup untuk buat kami rasa bersyukur, " katanya.


Dalam pada itu, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi,  yang turut ditemani isteri pada pertemuan itu mengakui sudah mula membeli barang-barang kelengkapan bayi.
Tambahnya lagi, untuk lebih selamat, kebanyakan barangan yang dibeli itu lebih kepada barangan unisex.

Sementara itu, Hafidz turut meluahkan kerisauannya terhadap isteri kerana akan menjalani penggambaran bersama produksi Zeel Productions di London selepas Aidilfitri depan.

"Risau sebenarnya sebab kandungan isteri semakin sarat namun timbul rasa sedikit lega apabila isteri bersetuju untuk tinggal bersama keluarga saya sepeninggalan saya ke London nanti," katanya mengakhiri bicara.

Hafidz dan Nurul Shuhada bergelar suami-isteri pada 30 April 2016.

Tags / Kata Kunci: Hafidz Roshdi

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan