Alah Bau Wangian, Lufya Hamil Empat Bulan

Diterbitkan: Rabu, 31 Mei 2017 5:00 AM

Lufya dan suami akui tidak pernah merancang soal kehadiran cahayamata.

(Ubah saiz teks)

HAMPIR tujuh bulan melayari bahtera rumah tangga bersama seorang doktor, Pelakon Lufya Omar akhirnya mendapat berita gembira apabila dia kini sudah berbadan dua.

Lufya ketika dihubungi mStar Online memberitahu, dia kini sedang hamil empat bulan dan mula berasa mual di peringkat awal kehamilan.

"Alhamdulillah, usia kehamilan saya kini mencecah empat bulan. Terima kasih di atas ucapan yang dikirimkan di laman Instagram setelah saya mula memuatnaik sekeping gambar memaklumkan hal ini semalam.

"Biarpun kami tidak pernah merancang soal memiliki cahaya mata, namun rezeki ini kami terima dengan penuh kesyukuran," katanya teruja.

Dalam pada itu, Lufya mengakui sejak berbadan dua dia lebih peka dengan bau-bauan selain mudah alah dengan beberapa jenis wangian.

"Morning sickness memang ada. Saya jadi lebih peka dengan bau-bauan dan ada di antara bau wangian membuatkan saya rasa nak muntah," katanya.

Sementara itu katanya lagi, dia turut alami muntah yang teruk di peringkat awal kehamilan sehingga penat namun dia bersyukur keadaannya kini mula beransur pulih.

Demi menjaga kandungan, Lufya akan memperlahankan aktiviti seni buat masa sekarang.

Ditanya tentang persiapan menyambut kehadiran cahaya mata, Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, 32, berkata, semuanya masih terlalu awal untuk itu.

Pun begitu, tidak nafikan dia dan suami sudah mula teruja meninjau barang-barang kelengkapan bayi kebelakangan ini.

"Selepas bersalin, apa yang saya harapakan saya dapat menguruskan badan dengan berpantang mengikut cara Melayu dan Jawa. Dah kurus baru saya sedia kembali berlakon," katanya.

Dalam pada itu katanya lagi, demi keselamtan kandungan dia harus akur dengan permintaan suami dan keluarga untuk memperlahankan segala aktiviti seni yang memerlukan masa panjang di set penggamabaran.

Berkongsi tentang perkembangan seni pula, bekas pelajar Akademi Fantasia keenam ini memberitahu, dia dan suami akan tampil menerusi program 'Romantika' siaran Astro Ria bersempena bulan Ramadan ini.

"Menerusi Romantika, kami akan berkongsi tentang kehidupan selepas berumahtangga selain mengupas lebih lanjut tentang kehamilan ini," katanya. 

Selain itu, bagi mengisi masa terluang di bulan Ramadan, Lufya kini turut mengeluarkan jenama pakaian raya sendiri bersama suami bawah jenama 'Lulu & Ken'.

Tags / Kata Kunci: Lufya Hamil

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan