Irfan Haris Rupa-Rupanya Tak Popular

Diterbitkan: Rabu, 31 Mei 2017 12:54 PM

Irfan Haris lebih selesa dengan imej terbaru tanpa misai selari dengan usianya 16 tahun.

(Ubah saiz teks)

PENYANYI Irfan Haris akur dirinya masih tidak dikenali sebagai seorang penyanyi komersial di kalangan guru dan rakan-rakan sekolah walaupun single pertamanya iaitu Redha telah mencecah lwebih 16 juta kali tontonan.

Situasi itulah yang sebenarnya diharapkan kerana dia tidak mahu terdedah dengan pelbagai gangguan yang boleh menjejaskan emosi sekali gus menjejaskan pelajarannya.

Irfan kini hadir dengan single kedua berjudul 'Pesan' ciptaan penyanyi Haqiem Rusli.

"Saya mungkin beruntung kerana bersekolah di salah sebuah sekolah antarabangsa (International School) di Johor di mana tidak ramai pelajar mengenali sisi peribadi saya sebagai seorang artis kerana kebanyakan mereka bukan berbangsa Melayu.

"Justeru, di sekolah saya masih rasa sama seperti pelajar-pelajar lain tanpa perlu risau tentang gangguan dan 'cakap-cakap' yang tidak sedap didengar daripada mereka," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Irfan yang masih berulang-allik dari Johor ke Kuala Lumpur pada setiap hujung minggu merancang untuk menetap di Kuala Lumpur seandainya single kedua dia mendapat sambutan melebihi lagu Redha.

"Itu hanya perancangan, bergantung kepada sambutan lagu baru saya nanti," ujarnya ringkas.

Menyentuh tentang imej terbarunya tanpa misai dan jambang, akui adik kepada penyanyi Amira Othman ini lagi, dia terpaksa melakukan perubahan itu agar selari dengan usianya yang baru menginjak 16 tahun.

"Kadang-kadang tak seronok juga bila selalu sangat orang cakap saya nampak lebih tua dari usia disebabkan misai dan jambang itu.

"Atas nasihat keluarga, dua minggu lepas saya nekad untuk cukur semua misai dan jambang dan hasilnya, saya memang selesa dengan imej sekarang walaupun mengalami sedikit masalah kekeringan kulit di bahagian jambang," katanya

Mengulas lanjut tentang perkembangan seni pula, kata Irfan setelah kejayaan single pertamanya Redha, dia kini baru sahaja melancarkan single keduanya berjudul pesan di laman YouTube.

Lagu tersebut turut menjadi lagu runut bunyi untuk drama Ku Kirim Cinta (Slot Akasia, TV3).

Sehingga seminggu dimuatnaik ke lama YouTube, lagu ciptaan Haqiem Rusli ini telah berjaya mendapat lebih 600,000 tontonan.

Tags / Kata Kunci: Irfan Haris

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan