Selepas 4 Tahun Kahwin, Pakar Sahkan Mawar Hamil

Diterbitkan: Selasa, 30 Mei 2017 6:39 PM

Mawar dan Fizo mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat mengenai kehamilan bersama Dr Hamid Arshat (kiri). FOTO: Faebook Dr Hamid Arshat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar akhirnya disahkan hamil beberapa minggu selepas empat tahun berumah tangga. 

Berita gembira itu diumumkan oleh Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr. Hamid Arshat. 

Katanya, Mawar hamil selepas menjalani beberapa pembedahan dan mendapat beberapa rawatan susulan. 

"Setelah menjalani pembedahan dan berbagai rawatan susulan akhirnya dengan izin dan rahmat Allah SWT Mawar hamil. 

Inilah hasil imbasan yang dilakukan pada kandungan Mawar. Foto Facebook DR HAMID ARSHAT

"Sekarang dalam peringkat awal kehamilan. Dalam keadaan biasa, risiko gugur sebelum 12 minggu kehamilan adalah dalam lingkungan 10 peratus.

"Risiko ini meningkat bagi mereka yang mengalami masalah kesuburan dan khususnya yang menjalani pembedahan pada peranakannya," tulis pakar perubatan itu di laman sosial Facebook miliknya. 

"Saya Akan Sahkan Nanti"

Dalam pada itu, Dr Hamid turut memberi nasihat dan memberi panduan kepada pasangan itu untuk menjaga kehamilan tersebut. 

"Rehat banyak-banyak, tenangkan fikiran dan kurangkan kerja-kerja berat serta perjalanan jauh dan tangguhkan penerbangan. 

“Pada asasnya kurangkan stress kerana ia boleh mencetuskan kuncupan rahim dan seterusnya mengancam untuk gugur,” ujarnya. 

Dr Hamid turut meminta Mawar agar makan makanan berzat dan berkhasiat segar dan mentah selain lebihkan buah-buahan dan sayur jus buah dan salad. 

Dia turut meminta orang ramai agar terus mendoakan kehamilan Mawar sehingga selamat melahirkan seorang cahaya mata. 

Fizo atau Wan Hafizul Wan Omar, 32, berkahwin dengan Mawar Abdul Karim, 28, pada 10 November 2013.

Tags / Kata Kunci: Mawar , Fizo Omar

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan