Fizi Ali & Shakilla Khoriri Bertunang 16 Julai

Diterbitkan: Selasa, 30 Mei 2017 6:25 AM

Fizi dan Syakilla sudah empat tahun mengenali hati budi.

(Ubah saiz teks)

EMPAT tahun menjalin hubungan cinta bersama pelakon Syakilla Khoriri, penyampai radio Suria, Fizi Ali akhirnya mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan pelakon itu pada 16 Julai depan. 

Fizi, 28, berkata, atas perbincangan keluarga kedua-belah pihak, mereka memilih tarikh tersebut kerana ingin memberi fokus kepada persiapan hari raya terlebih dahulu.

"InsyaAllah ia sebuah majlis yang ringkas dan akan dihadiri kaum keluarga serta rakan terdekat sahaja.

"Kalau boleh saya tak nak ikat lama-lama, ada rezeki insyaAllah hujung tahun kami kahwin," katanya kepada mStar Online.

Ditanya kenapa memilih tanggal 16 Julai, kata Fizi ia tidak memberi apa-apa maksud selain merasakan itu adalah tarikh paling sesuai selepas dua minggu sambutan hari raya dan kebetulan jatuh pada hari Ahad.

"Buat masa ini, saya belum membuat apa-apa persiapan kerana saya percaya untuk majlis yang ringkas, ianya tidaklah terlalu merumitkan.

"Namun saya tidak nafikan sudah mula merasa debaran itu," katanya yang akan melangsungkan majlis berkenaan di Kuala Lumpur.

Fizi bercadang mahu mengadakan majlis pertunangan tersebut secara sederhana sahaja.

Ditanya apa yang membuatkan hatinya terbuka mendekati pelakon Bukan Cinta Biasa itu Fizi berkata, selain mengakui wanita berkenaan seorang yang terbuka, dia menyenangi sikap berdikari yang ada pada pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri ini.

"Sebenarnya hubungan kami ni 'sempoi' dan kalau boleh tidak mahu terlampau terbuka berkongsi soal hubungan kepada umum. Yang tahu... tahulah," katanya.

Di satu sisi, kata Fizi bakal tunangnya itu bukan seorang yang mudah cemburu buta malah memahami bidang tugasnya sebagai seorang penyampai radio.

"Kalau ada yang perasan, banyak juga saya memuatnaik gambar bersama artis wanita lain di Instagram melebihi gambar saya dengan dia. 

"Tapi dia cool saja walaupun ada beberapa caption saya dilihat sedikit nakal, sengaja nak menguji tetapi saya yang teruji apabila dia pun mula mengikut 'perangai' saya itu kebelakangan ini," akhirinya dengan tawa kecil.

Tags / Kata Kunci: Fizi Ali

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan