Bersaing Slot Drama, Apa Kata Ayda Jebat?

Diterbitkan: Isnin, 29 Mei 2017 12:53 PM

Ayda Jebat dan Redza Rosli dalam drama Ku Kirim Cinta, manakala Fattah Amin dan Fazura drama Hero Seorang Cinderella.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Ayda Jebat berkata promosi Hero Seorang Cinderella  lakonan Fattah Amin dan Fazura yang berterusan menjadikan ia diperkatakan masyarakat berbanding drama lakonannya Ku Kirim Cinta.

Bagaimanapun, Ayda, 25, berkata, dia tidak berasa tertekan kerana drama lakonannya bersama aktor Redza Rosli turut mendapat perhatian dan trending di Twitter pada minggu pertama tayangan.

"Bagi saya peminat yang menonton drama Ku Kirim Cinta dan Hero Seorang Cinderella adalah ketegori yang berbeza. Biarpun kurang promosi tapi pihak TV3 menyedari slot Akasia sudah ada peminat tersendiri.

Ayda Jebat dan Redza Rosli gandingan Ku Kirim Cinta.

"Mereka tahu tanpa promo yang berlebihan ia boleh berjaya," ujarnya kepada mStar Online.

Ayda diminta mengulas tentang drama lakonannya dengan Redza Rosli  itu terpaksa bersaing dengan drama adaptasi novel Hero Seorang Cinderella lakonan Fattah Amin dan Fazura yang di siarkan di Astro Ria.

Drama Ku Kirim Cinta bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 petang di slot Akasia, TV3.

Sementara itu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat ini berkata, sepanjang minggu pertama tayangan, dia menerima reaksi positif peminat.

"Alhamdulillah, saya banyak dapat respons positif daripada penonton, boleh dikatakan tiada ramai yang komen negatif semua baik-baik.

"Mungkin kerana drama ini bukan drama adaptasi yang mana orang boleh tahu jalan cerita menerusi novel dan membandingkan karakter dengan watak yang dibawa oleh pelakon.

Dalam perkembangan lain, Ayda berkata, dia baharu sahaja selesai rakaman lagu untuk penyokong Sukan Sea 2017 berjudul Gemuruh Suara.

"Saya diminta untuk menyanyikan lagu Gemuruh Suara untuk Sukan Sea 2017 akan datang, ia baru selesai proses rakaman," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Ku Kirim Cinta , Ayda Jebat

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan