Waris Teruja Cipta Lagu Bola Negeri Sembilan

Diterbitkan: Ahad, 28 Mei 2017 6:00 AM

Waris baharu sahaja melancarkan album berjudul Alumni.

(Ubah saiz teks)

TERKENAL dengan lagu-lagu hip hop dialek Negeri Sembilan, komposer dan penyanyi rap Waris teruja apabila diberi penghormatan mencipta sebuah lagu untuk pasukan bola sepak negeri kelahirannya itu.

Pemilik nama sebenar Muzammil Alias berkata, dia yang mendapat kerjasama dengan Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) mempunyai strategi tersendiri untuk menjadikan lagu tersebut sebagai lagu semangat kepada pasukan itu.

"Saya dalam proses untuk buat lagu bola untuk PBNS, setakat ini saya sudah siapkan demo dan akan dirakam tidak lama lagi.

"Saya ada strategi tertentu untuk tarik minat penyokong bola sepak atau dikenali sebagai ultras untuk menyukai lagu ini. Golongan ultras biasanya tidak layan media sosial, jadi saya rancang lagu berkenaan dimainkan di dalam stadium sebelum pertandingan berlangsung.

"Selepas ini, barulah kita kormersialkan di media-media dan radio tempatan," ujarnya.

Waris bersama salah seorang pemain bola sepak Negeri Sembilan, Marko Simic.

Dalam pada itu, Waris berkata, dia juga diminta pihak PBNS untuk menyiapkan muzik video lagu berkenaan sebelum ia sedia dilancarkan secara rasmi.

Kata penyanyi lagu Rembau Most Wanted ini, dia sudah mempunyai konsep dan idea untuk membuat penggambaran di dalam Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan.

"Kami akan lancar selepas siap sepenuhnya termasuk muzik video. Insya-Allah saya rancang untuk buat penggambaran secepat mungkin," ujarnya.

Sementara itu, Waris berkata, dia sempat mengedarkan sebanyak 20 keping album baharunya berjudul Alumni secara percuma kepada pengujung yang hadir menyaksikan perlawanan Negeri Sembilan menentang Pahang pada 13 Mei lalu.

Album tersebut memuatkan sebanyak 10 buah lagu iaitu lima buah lagu baharu dan lima buah lagu popularnya termasuk nyanyian bersama Nora Danish berjudul Ini Lagi Boom.

Tags / Kata Kunci: Waris , PBNS

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan