Floor 88 Tukar Judul Lagu Selepas Ditolak Stesen Radio

Diterbitkan: Sabtu, 27 Mei 2017 6:30 AM

Kumpulan Floor 88.

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN yang semakin dikenali menerusi lagu Zalikha, iaitu Floor 88 berkata, lagu nyanyian mereka pada asalnya digubah untuk sebuah produk kecantikan namun ia terpaska ditukar kerana kesukaran dimainkan di stesen radio.

Dianggotai lima pemuda iaitu Ayie (vokalis), Zai Hamzah (gitar utama), Amir (Gitar kedua), Akram (drum), Eric Fauzi (Keyboard) dan Falique (Bass), demi perjalanan kerjaya, mereka harus akur dengan perkara itu.

"Asalnya lagu Zalikha  adalah sebuah lagu yang kami sengaja cipta bersempena fenomena jenama produk kecantikan milik Datuk Seri Vida iaitu Qu Puteh dan tak sangka beliau suka lagu 'Qu Puteh' itu sehingga sering mengundang kami menjayakan show.

"Bagaimanapun, kami menghadapi masalah untuk mempromosikan lagu tersebut ke radio sehingga memaksa judul dan liriknya diubah dan Alhamdulillah, selepas ditukar kepada Zalikha, urusannya semakin," kata Zai selaku pencipta asal lagu tersebut kepada mStar Online.

Kumpulan Floor 88. Berdiri dari kiri: Eric, Ayie, Falique, Zai dan (duduk) Amir. Foto AZMAN GHANI/The Star

Tambahnya, dalam masa sebulan lagu tersebut dimuatnaik ke laman YouTube, ia sudah ditonton lebih 700,000 kali tontonan sekali gus memberi mereka satu semangat untuk sama-sama bersaing di dalam arus muzik perdana.

Dalam pada itu, Ayie pula berkata, dia menafikan kemunculan Floor 88 dibayangi dengan kumpulan Khalifah yang dilihat mengetengahkan genre muzik yang seakan-akan sama.

"Mungkin disebabkan lagu Zalikha ini diterapkan bersama di dalamnya elemen tradisonal membuatkan ada yang cuba mengaitkan kami dengan kumpulan tersebut sedangkan jika diamati, antara kami banyak perbezaan," katanya.

Di satu sisi, menurut Zai lagi dia berharap dengan pemilihan Ayie sebagai vokalis memberi satu bonus kepada kumpulan yang berada bawah naungan Rusa Music ini kerana mempunyai pakej rupa paras yang sedap mata memandang.

"Kalau diikutkan, Ayie adalah vokalis ketiga selepas dua sebelum ini bertukar ganti atas beberapa sebab dan apa yang saya harapkan anggota yang ada sekarang mampu kekal tanpa ada proses penggantian lagi," akhirinya penuh harapan.

Tags / Kata Kunci: Floor 88

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan