To'ki Kesal Dituduh Menagih, Jadi Peminta Sedekah

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mei 2017 5:31 PM

To'ki berkongsi cerita dimanakah dia menghilang selama ini. FOTO: SAM THAM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Susulan foto seorang peminat bersama To'ki menjadi tular di laman sosial baru-baru ini, pelbagai pihak cuba mencari penyanyi itu selepas dia diberitakan berada dalam kesempitan hidup. 

Justeru, pihak Yayasan Artis 1 Malaysia  (YA1M) berjaya menemukan To’ki dan mengadakan satu sidang media khas bersamanya pada Jumaat. 

Dalam sidang media yang berlangsung di pejabat urusan YA1M itu, To'ki meluahkan kekecewaan apabila ada pihak menuduhnya masih menagih dadah. 

"Saya dah berusia setengah abad dan saya kesal hanya dengan sekeping gambar, orang terus menuduh saya penagih tetapi tahukah mereka setiap hari saya mengambil Suboxone (pil merawat ketagihan dadah) untuk menahan gian itu? 

"Sebenarnya orang keliru pada gambar yang dikongsi seorang peminat yang menjadi viral minggu lepas di mana pada ruangan komen posting itu turut dimuatnaik gambar lama saya yang masih menagih dan ini amat mengecewakan saya, " katanya kepada pemberita.

Sidang media itu turut disertai Presiden YA1M, Datuk DJ Dave. 

To'ki (kanan) bersama DJ Dave (tengah) dan pihak YA1M.

Dalam pada itu To'ki memberitahu dia sebenarnya berterima kasih kepada peminat yang memuatnaik gambar tersebut sehingga membuka mata pelbagai pihak dan persatuan untuk menghulurkan bantuan. 

Mengenai kisah kehilangannya sebelum ini, kata To'ki ia disebabkan studionya yang terletak di Batu Caves, Gombak dipecah masuk tiga tahun lalu sehingga dia mengalami kerugian dan hilang arah. 

"Di situlah tempat saya berkarya, mencari rezeki tetapi bila semuanya hilang, saya jadi hilang arah. Bukan soal  berapa kerugian tetapi nilai sentimental barang-barang yang ada di dalam studio itu antaranya sebuah trofi kemenangan saya sebagai Komposer Terbaik Asia (1999) menerusi lagu Zikir Kasih dendangan Amir Ukays,” katanya. 

Rentetan kejadian itu kata To'ki, dia menyepikan  dari industri namun masih bernasib baik kerana diberi peluang  beberapa komposer antaranya Datuk M. Nasir untuk membuat lagu. 

Di satu sisi, pelantun lagu Biasan ini turut menafikan dakwaan mengatakan kesusahan hidup membuatkan dia sanggup mengemis. 

"Saya masih sihat dan masih berkarya walaupun mungkin tidak seaktif dulu dan dakwaan mengatakan saya mengemis itu tidak wajar dan sesuatu yang memalukan saya. 

Katanya lagi, sehingga kini dia dalam proses menerbitkan dua buah single terbaru berjudul Baiyati dan Perunding Jiwa dan berharap pihak YA1M membantu dari segi mempromosikan karyanya itu secepat mungkin. 

Sementara itu, DJ Dave memberitahu, pihaknya akan cuba membantu membawa To'ki menyertai persembahan pentas sekali gus mampu menjenamakan balik namanya. 

"Saat bertemu To'ki, dia menyatakan dirinya masih sihat dan masih berkarya dan lazimnya YA1M selaku persatuan yang menyalurkan kebajikan kepada artis yang sakit dan tiada keupayaan. 

"Namun atas budi bicara, kami sedia membantu beliau walaupun bukan berupa sumbangan, tetapi mungkin membawa To'ki bersama menyertai setiap aktiviti show yang membabitkan YA1M," katanya. 

Kisah To'ki menjadi tular di Facebook apabila seorang peminat Ungku Lokman memuatnaik gambar bersama To'ki dalam keadaan daif di sebuah stesen minyak. 

Susulan itu, beberapa persatuan seni mula mencari To'ki termasuk Seniman dalam usaha mengenalpasti masalahnya. 

Tags / Kata Kunci: To'ki , YA1M

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan