Belum Sedia Kongsi Wajah, Nama Anak - Shaheizy Sam

Diterbitkan: Jumaat, 26 Mei 2017 6:30 AM

Shahiezy Sam dan isterinya, Syatilla Melvin menyambut kelahiran anak pertama mereka pada 9 Mei lalu. Foto Instagram @shaheizy_sam

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Shaheizy Sam masih belum bersedia untuk mendedahkan wajah dan nama anak lelakinya yang dilahirkan pada 9 Mei lalu.

Bagaimanapun aktor berusia 35 tahun ini membuka rahsia nama anaknya itu tetap mengekalkan 'Sam' seperti mana namanya.

"Rasanya belum tiba masa saya umumkan namanya selepas mendengar nasihat orang tua-tua. Insya-Allah apabila tiba masa sesuai saya akan beritahu.

"Tetapi apa yang boleh saya dedahkan saya mengekalkan 'Sam' seperti mana nama saya," katanya.

Shaheizy atau lebih mesra dengan sapaan Sam ditemui pada pelancaran Raya Bergaya di Prima Valet yang diadakan di Bangi pada Khamis.

Pada acara itu, Sam yang berkolaborasi bersama Elrah Exclusice melancarkan koleksi baju Melayu bersempena Aidilfitri akan datang.

Dalam pada itu, Sam memberitahu Syatilla kini berada di sebuah pusat berpantang bagi memastikan dia dan anaknya dijaga baik.

Sam mengucup anaknya.

"Alhamdulillah tempat itu memang bagus kerana akan ada jururawat yang tolong menjaga isteri dan anak saya sepanjang tempoh berpantang.

"Apabila keluar bekerja tidaklah saya risau sangat kerana ada orang tengok-tengokkan mereka.

"Dia akan berada di sana sepanjang tempoh berpantang malah saya sendiri tinggal di pusat itu," katanya.

Sementara itu, Sam berkata, dia bersyukur kerana rezeki anaknya dimurahkan Allah apabila bayinya itu mendapat banyak hadiah bersempena kelahirannya.

Malah kata Sam, dia tidak sempat membeli sebarang barang keperluan anaknya kerana hadiah diberikan lebih daripada mencukupi.

"Namakan sahaja, semua ada sampai saya dan isteri tidak membeli sebarang barang pun untuk anak kami.

"Hadiah yang dia dapat cukup banyak, Alhamdulillah inilah dinamakan rezeki anak," katanya.

Dalam perkembangan lain, Sam berkata, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah filem televisyen bawah arahan Ghaz Abu Bakar.

Selain itu, dia juga sedang giat membuat persediaan bagi penggambaran filem Polis Evo 2 yang dijangka selepas sambutan hari raya kelak.

Tags / Kata Kunci: Shaheizy Sam , Syatilla Melvin

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan