Satu Sebab Faye Kusairi Rancang Hamil

Diterbitkan: Khamis, 25 Mei 2017 6:30 AM

Faye akui dia kini lebih selesa bersifat low profile

(Ubah saiz teks)

SEJAK kisah pernikahan dalam satu majlis tertutup antara pelakon Faye Kusairi dan Azmi Hatta menjadi bualan hangat, agak jarang kedengaran khabar terbaharu mengenai pelakon kelahiran Miri, Sarawak ini.

Faye ketika dihubungi memberitahu, sejak bergelar isteri kepada pengarah drama berkenaan, dia lebih senang bersikap low profile daripada sebarang publisiti.

Malah di satu sisi, dia dilihat agak terbuka berbicara soal perancangan memiliki cahaya mata.

"Alhamdulillah, kehidupan semuanya baik-baik saja. Soal cahaya mata, apa yang boleh saya katakan kami masih merancang ke arah itu, mungkin tahun depan!

"Ini kerana salah seorang anak abang (panggilan kepada suami) iaitu Aqif akan menghadapi peperiksaan penting tahun ini. Justeru saya mahu dia memberi tumpuan kepada pelajaran Aqif terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online. 

Pun begitu kata Faye, dia dan suami tidak pula menolak seandainya rezeki anak hadir lebih awal dari apa yang dirancang kerana percaya pada ketentuan Allah.

Hari bahagia Faye turut dirai bersama dua anak lelaki Azmi, Azam dan Aqif. Foto @instagram @fayekusairi @mr.studio.academy.

Berkongsi kehidupan sebagai isteri, Faye atau Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, berkata, dia kini semakin teruja untuk ke dapur mencuba menu-menu baru untuk suami dan keluarga.

"Sejak bujang saya memang seorang yang suka memasak dan bila dah bersuami, keterujaan untuk ke dapur semakin membuak-buak apalagi dah nak puasa ni kan...

"Tapi itulah, abang pula seorang yang tidak cerewet soal makan dan kalau boleh hari-hari dia mahukan sambal kentang je dan kita yang masak ni pun rasa bosan juga dengan yang sama," kata ikon jenama fesyen Asha Karim Collection manja.

Dalam perkembangan lain, kata pelakon 7 Hari Mencintaimu ini lagi, menjelang bulan Ramdan yang bakal disambut umat Islam Sabtu depan, jadualnya sudah padat dengan beberapa aktiviti promosi.

"Hari pertama Ramadan sehingga 29 Mei depan, saya sudah berada di Brunei untuk memprmosikan jenama Asha Karim Collection dan akan menyambung promosi tersebut di Shah Alam. 

Selain itu katanya, tiga buah drama lakonannya juga akan disiarkan Ramadan ini iaitu drama komedi 20 episod Isteri-isteri Ayah (TV3), Inspirasi Ramadan (episod: Isteri Office Hour) dan Setia Menunggumu (Hypp TV - Salam HD).

Tags / Kata Kunci: Faye Kusairi

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan