Kandungan 'Overdue', Sakinah Bersalin Secara Pembedahan

Diterbitkan: Rabu, 24 Mei 2017 1:42 PM

Perkahwinan pelakon Sharifah Sakinah dan Aliff kini lengkap dengan kehadiran seorang cahaya mata perempuan. Foto Instagram @sharifah_sakinah

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Sharifah Sakinah selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 9 pagi, Rabu.

Kakak kepada aktres itu, Sharifah Shahirah menerusi Instagram miliknya memberitahu Sakinah, 28, bersalin secara pembedahan selepas kandungan adiknya itu sudah melepasi jangkaan bersalin.

Kata Shahirah lagi, bayi yang diberi nama Anais Adha itu dilahirkan dengan berat 3.1 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara.

"Sakinah bersalin secara pembedahan, dia tiada rasa sakit kerana sudah 'overdue' lebih dua minggu. Jenuh menunggu masa untuk bersalin.

"(Bayi) dilahirkan sekitar 9 pagi tadi, 3.1 kilogram, bayi perempuan rasanya nama Anais Adha," tulisnya.

Bagaimanapun Shahirah memadam posting itu tidak lama kemudian.

Sakinah dan suaminya, Aliff Adha, 29, yang juga seorang juruterbang mendirikan rumah tangga pada Mac 2015.

Tags / Kata Kunci: Sharifah Sakinah

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan