Bapa Cerita Pengalaman Berpuasa Aiman Tino

Diterbitkan: Selasa, 23 Mei 2017 5:50 AM

Aiman Tino

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Dia tidak kuat makan. Jadi sejak kecil tidak pernah menyusahkan saya setiap kali dibawa ke bazar Ramadan," itu antara kisah yang dikongsi Yusri Ishak, 48, iaitu ayah kepada penyanyi remaja popular Aiman Tino.

Kata Yusri, dia mula mendidik anaknya itu berpuasa sebelum memasuki alam persekolahan dan Aiman sudah mula boleh berpuasa penuh pada usianya sembilan tahun.

"Pernah ada pengalaman lucu saya cuba menguji dia pada hari ketiga Ramadan dengan mempelawanya air. Tanpa mengingatkan sedang berpuasa, dia meneguk air itu dan berhenti serta-merta apabila saya memberitahunya.

"Itu merupakan pengalaman manis yang tidak boleh dilupakan terutama apabila setiap kali menyambut bulan Ramadan yang tidak berapa hari lagi," ujarnya kepada mStar Online.

Tambah Yusri, Aiman bukan seorang yang cerewet dan makan apa sahaja yang dihidangkan. Dia paling mengemari tiga menu air tangan ibunya iaitu ayam masak kicap, ikan masak taucu dan asam pedas.


"Itu kalau menu di rumah, namun kalau ke bazar Ramadan, dia akan cari dua jenis kuih ini iaitu buah melaka dan caramel. Boleh kata ini makanan wajib dia.

"Aiman ni kalau bangun pun dia bukan makan sangat, sekadar menjamah dua tiga biji kurma dan air, tunggu solat subuh terus sambung tidur. Itupun kalau hari tidak bersekolah," ujarnya.

Berkongsi tentang persiapan sambutan Ramadan tidak berapa lama lagi, katanya, ini adalah tahun kedua anaknya itu menjalani ibadah puasa sebagai seorang artis.

"Puasa tahun lalu, dia masih kurang dikenali berbanding tahun ini dan Insya-Allah pada 10 Jun depan dia akan bersama-sama pihak kosmetik Sweet Aiman meraikan 100 anak yatim di Kluang, Johor.

"Malah secara peribadi sebagai ayah saya turut merancang untuk membuat satu program 'Ziarah Prihatin' di mana Aiman akan membuat kejutan pada golongan yang kurang bernasib baik dengan berkongsi rezeki kepada mereka.

"Andai kata dia ada persembahan di Kelantan, makan ziarah itu akan di buat di negeri itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Aiman Tino

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan