UNIC Hafal Rap Sampai Dalam Mimpi

Diterbitkan: Isnin, 22 Mei 2017 12:34 PM

Tahniah UNIC raih gelaran juara Gema Gegar Vaganza malam Ahad.

(Ubah saiz teks)

KEMENANGAN di luar jangkaan kumpulan nasyid UNIC menerusi program Gema Gegar Vaganza yang berlangsung pada malam Ahad meninggalkan kesan cukup mendalam kepada kesemua anggotanya.

Mana tidaknya, sepanjang seminggu lalu mereka bertungkus lumus menghafal lirik lagu nyanyian asal Syamsul Yusof dan Mawi iaitu Kalah Dalam Menang yang memerlukan mereka menyanyi secara rap.

Pendek kata, setiap masa mereka mendengar lagu itu untuk menghafal bahagian rap malah sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

"Bayangkan kami penyanyi nasyid hendak kena menyanyi secara rap! Tetapi kami sahut juga kerana itulah cabarannya. Memang sepanjang minggu lalu ulang-ulang dengar lagu itu tidak kira masa dan waktu sampai lepas solat pun rap juga!

"Alhamdulillah kami berjaya juga lakukannya sehingga bergelar juara dan jangan terkejut kalau kami rap lagi selepas ini," kata Fakhrul mewakili UNIC.

Selain Fakhrul, UNIC turut dianggotai oleh Bazli dan Nadji.

Pada peringkat akhir, UNIC menyampaikan dua buah lagu iaitu Ainul Mardhiah dan Kalah Dalam Menang di pusingan battle berjaya meraih gelaran juara dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Persembahan UNIC pada minggu pertama lalu.

Manakala kumpulan Hijjaz ditempat kedua dan Mirwana ketiga. Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan RM25,000 berserta trofi.

Sementara itu, Fakhrul berkata, kemenangan UNIC sebenarnya adalah rezeki hasil pengorbanan salah seorang anggotanya iaitu Bazli yang sedang diuji apabila anak sulungnya iaitu Muhammad Syahid, 4, disahkan menghidap kanser limfoma dan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beritahunya lagi, mereka memandang tinggi semangat dan komitmen ditunjukkan oleh Bazli dalam pertandingan itu yang langsung tidak pernah patah semangat walaupun mereka sedar hatinya luluh mengenangkan keadaan Syahid.

"Bayangkan kalau kita sendiri anak demam sudah mampu buat kita tidak tentu hala, apatah lagi Syahid yang menghidap kanser namun Bazli sentiasa tenang.

"Sepanjang pertandingan tidak pernah sekali kami melihat Bazli mengeluh atau pun memberi alasan walaupun kami tahu dia sedang menghadapi situasi sukar ketika ini.

Sebaliknya dialah orang yang paling sibuk dan mengambil berat tentang persembahan UNIC dan dalam pada masa yang sama dia perlu menjaga Syahid.

"Kemenangan ini sudah tentu adalah rezeki buat Syahid selain pengorbanan Bazli untuk UNIC," kata Fakhrul.

Sementara itu, Bazli berkata, dia menganggap dugaan menimpa keluarganya adalah kerana Allah sayangkannya dan tidak pernah sekali dia berasa kecewa.

Sebaliknya kata Bazli, dia ingin membuktikan disebalik musibah yang menimpa dia perlu cekal dan sentiasa kekal positif dalam apa juga keadaan.

"Apabila diuji itu sebenarnya kerana Allah sayangkan kita dan tidak seharusnya berasa kecewa tetapi perlu bangkit.

"Syahid adalah kekuatan dan inspirasi saya sepanjang tempoh bertanding dalam menjadi yang terbaik untuk membuatnya bangga dan kemenangan ini memang untuknya.

"Malah perkara pertama akan saya lakukan adalah ke hospital dan menciumnya dan memberitahu kepadanya saya berjaya menjadi juara," katanya.

Tags / Kata Kunci: UNIC , Gema Gegar Vaganza

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan