Nabil Ahmad Bawa Bas Masuk Studio?

Diterbitkan: Ahad, 21 Mei 2017 6:30 AM

Nabil Ahmad kini bergelar penerbit.

(Ubah saiz teks)

DEMI menampilkan kelainan terhadap projek sulungnya sebagai penerbit, pelawak dan pengacara sanggup membawa sebuah bas persiaran masuk ke dalam sebuah studio.

Kata Nabil dia menerusi syarikat produksinya, Nabil Ahmad Productions akan tampil dengan sebuah sitkom berjudul Bus Stop dan ada sebab dia membawa masuk sebuah bas semasa rakaman.

Jelasnya, dia bas tersebut bukan sekadar perhiasan tetapi digunakan untuk memperkenalkan artis jemputan pada sitkom itu dan ia belum pernah dibuat oleh orang lain.

"Untuk projek pertama ini, saya kena buat kelainan kerana kebiasaannya jika ada artis jemputan mereka akan muncul dari belakang pentas.

"Saya tidak mahu lakukan perkara sama dan kebetulan nama sitkom ini Bus Stop, jadi apa kata kita bawa masuk sebuah bas dan artis jemputan turun dari bas sebagai kelainan," katanya kepada mStar Online.

Bercerita lanjut mengenai projek itu, Nabil berkata, dia menghasilkan sitkom itu kerana ingin mengembalikan kegemilangan program seperti Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang sangat digilai oleh penonton sekitar zaman 90-an.

Bagaimanapun kata Nabil, dia bukan meniru sitkom popular itu sebaliknya menjadikan ia sebagai inspirasi dalam menghasilkan Bus Stop.

"Selain menerbit, saya tulis sendiri skripnya dan ia sangat berbeza dengan komedi-komedi sedia ada yang kebanyakannya berkonsepkan lawak pentas.

"Berlainan dengan Bus Stop saya ingin mengembalikan zaman kegemilangan sitkom dan berharap program pertama saya ini akan bertahan lama dan bukannya hanya satu musim," ujarnya.

Kata Nabil lagi, sitkom 13 episod itu bakal menampilkan Ippo Hafiz, Sherry Alhadad, Ebby Yus dan Angah Raja Lawak selain beberapa artis jemputan.

Ia bakal menemui penonton menerusi saluran Astro Warna pada Jun ini.

Tags / Kata Kunci: Nabil Ahmad , Bus Stop

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan