Saya Ambil Tindakan 'On The Spot' - Zed Zaidi

Diterbitkan: Sabtu, 20 Mei 2017 6:31 AM

Zed Zaidi.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) iaitu Zed Zaidi berkata pihaknya sudah menjalankan tanggungjawab dengan pantas apabila membuka jalan pendamaian insiden pertelingkahan David Teo dan  Mat Over sebelum majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2050) tamat.

Zed berkata, tiada apa yang perlu dipanjangkan lagi berikutan dua selebriti berkenaan termasuk Datuk Rosyam Nor selaku moderator sudah bersalaman antara satu sama lain di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Semua sudah diselesaikan on the spot. Mereka sudah meminta maaf dan memaafkan antara satu sama lain. Semuanya happy ending. Orang yang tidak datang memanglah tidak nampak.

"Semasa kejadian itu saya duduk di belakang dan menenangkan Mat Over dan David Teo. Saya sejukkan hati  Mat Over dengan beri dia minum air sirap banyak-banyak, lepas tu saya pergi jumpa David yang ketika itu di tandas dan minta dia bersabar.

"David memang cara dia bercakap begitu, namun orang luar yang tidak rapat dengannya tidak tahu cara dia," ujarnya kepada mStar Online.

Zed atau Rozaidi Jamil diminta mengulas tentang pandangan segelintir netizen termasuk selebriti tempatan yang meminta pihak Seniman mengambil tindakan terhadap insiden yang berlaku.

Ia termasuk permintaan Afdlin Shauki agar Zed melakukan sesuatu berhubung isu berkenaan.

Semuanya sudah selesai sebelum majlis tamat.

Ini kerana Seniman sebelum ini agak lantang dalam pelbagai perkara yang ada kaitan dengan dunia seni tempatan.

Dalam kejadian malam Rabu lalu, David ditampar pelakon Sulaiman Yassin atau Mat Over selepas dia mempertikaikan cara Rosyam mengendalikan program itu.

David merasakan tidak adil kerana Rodyam hanya memberi fokus kepada tetamu yang berhadapan dengannya dan bukan di belakang.

Dalam pada itu, Zed meminta kepada mana-mana penggiat seni yang tidak hadir pada majlis berkenaan agar tidak memberi sebarang pandangan yang mengeruhkan lagi keadaan.

Tambahnya, mereka tidak perlu menulis pandangan di laman-laman sosial berdasarkan video yang tersebar semata-mata.

"Saya minta artis yang tidak datang jangan komen sebab mereka tidak berada di tempat kejadian serta tidak tahu situasi sebenar yang berlaku.

"Perkara itu hanya mengeruhkan keadaan sahaja. Apa yang mereka tonton dalam video yang menjadi viral, mereka tidak tahu sepenuhnya yang terjadi pada malam itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Zed menganggap kejadian berkenaan tidak sepatutnya berlaku dan dia berharap insiden tersebut dapat menjadi iktibar kepada semua penggiat seni pada masa akan datang.

"Saya tahu buat kerja saya, orang tak nampak apa saya lakukan pada malam itu.

"Saya pelik juga bila saya bising orang marah, bila saya sudah selesaikan senyap-senyap ada pula yang mahu dengar saya bersuara," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan