Dua Bulan Waris Tak Jumpa Anak

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 6:25 AM

Waris

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi rap yang popular dengan loghat Negeri Sembilan, Waris mengakui kehidupannya terjejas apabila dua bulan berpisah dengan anak iaitu Muddassir Muzzammil yang kini berusia lapan bulan.

Waris, 28, berkata, dia terpaksa berjauhan dalam tempoh berkenaan berikutan menjalani penggambaran sebuah program travelog di sepuluh buah negara Asia pada Februari lalu.

"Memang rasa macam tak betul bila dua bulan saya tidak jumpa anak, saya bimbang dia tidak kenal saya pula kerana sebelum ini memang saya yang jaga dia setiap hari kerana isteri bekerja.

"Semua yang saya lakukan serba tidak kena kerana asyik memikirkan anak. Ia pertama kali kami berjauhan sejak dia lahir," ujarnya kepada mStar Online.

Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias ditemui pada majlis pelancaran album keduanya berjudul Waris Alumni, di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Waris berkata, isterinya sudah mengambil keputusan berhenti kerja bagi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keluarga.

"Kasih sayang ibu-bapa sangat penting untuk pembesaran anak, saya dulu dibesarkan dalam keluarga yang berpisah jadi saya tahu ia sukar.

"Jadi saya mahu anak saya dapat kasih sayang yang seimbang daripada ibu dan ayah," ujarnya.

Dalam pada itu, bercakap mengenai album keduanya, Waris berkata, Waris Alumni  akan dijual secara digital sahaja.

Tambahnya, sebayak 10 buah lagu iaitu lima buah lagu baharu dan lima buah lagu popularnya termasuk nyanyian bersama Nora Danish berjudul Ini Lagi Boom.

"Album kali ini lebih matang dan alumni adalah membawa maksud kita semua dalam industri. Semua lagu ini sudah siap dirakam sejak dua tahun lalu.

"Kami rasakan sekarang adalah masa yang sesuai untuk dikeluarkan," ujarnya.

Antara lagu yang dimuatkan dalam album berkenaan adalah Alumni, Tepuk, Cara Lama, Dunia, Ada Saja, Labu Labi, Lagenda, Peduli Ajab, Dalam Perjalanan dan Cinta Terakhir.

Tags / Kata Kunci: Waris

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan