Scha Mahu Dedahkan Anak Lakukan Solat Terawih

Diterbitkan: Jumaat, 19 Mei 2017 6:22 AM

Scha Alyahya, Awal dan anak mereka. FOTO: AIMAN ARIFUDDIN

(Ubah saiz teks)

PELAKON Scha Alyahya berkata, kedatangan Ramadan pada tahun ini memang dinantikan kerana dia ingin membawa anaknya, Lara Alana melakukan solat tarawih bersama-sama. 

Jelas isteri kepada Awal Ashaari ini, dia ingin mendedahkan Lara tentang amalan dan keseronokan bulan Ramadan. 

"Tahun ini kali pertama saya akan bawa Lara sembahyang terawih bersama-sama kerana ingin memberinya pengalaman dan merasai keindahan Ramadan. 

"Mungkin dia masih kecil dan agak lasak selain belum boleh memahami tetapi tak mengapa kerana dari kecil kita kena dedahkan.

"Ia juga sebagai memori untuk kami anak-beranak apabila dia besar nanti," katanya.

Bergaya betul tiga beranak ni.

Scha ditemui pada majlis pelancaran ikon Jakel Barulah Raya yang diadakan di Jakel Mall di sini, Khamis. 

Pada acara itu, Scha bersama Awal serta beberapa artis terkenal lain seperti Aaron Aziz, Harith Iskander, Nabil Ahmad, Janna Nick dan Rozita Che Wan turut melancarkan koleksi khas bersama gedung kain terkenal itu. 

Dalam pada itu, Scha berkata, selain ingin memberikan tumpuan kepada ibadah, bulan Ramadan ini juga dia akan sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Tiga Dara arahan Dira Abu Zahar. 

Selain itu, Scha bersama Awal juga akan mengambil peluang bagi mempromosikan koleksi hari raya mereka bersama peminat selain menghadiri acara-acara berbuka puasa. 

"Tahun sebelum ini apabila tiba Ramadan selalunya saya memang jarang mengambil sebarang tawaran berlakon tetapi tahun ini nampaknya kena bekerja. 

"Sambil-sambil itu promosikan baju raya keluaran kami dan dapatlah kumpul sedikit wang untuk persiapan raya," ujarnya. 

 

Tags / Kata Kunci: Scha , Awal Ashaari

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan