"Rumah Tangga Kami Okey" – Aqasha

Diterbitkan: Rabu, 17 Mei 2017 4:15 PM

Aqasha tetap bahagia bersama isterinya, Baizura. FOTO: Instagram @theaqasha

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas dilanda kontroversi yang mengaitkan seorang dramatis popular, aktor Aqasha akhirnya membuka mulut mengesahkan hubungan dia dengan isteri, Baizura Sabri berada dalam keadaan baik. 

Aqasha, 35, berkata, rumah tangganya tidak terkesan dengan kontroversi dan spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan aktres Rita Rudaini. 

"Hubungan saya dan isteri okey dan kami tidak terjejas dengan spekulasi dan tuduhan orang ramai itu. 

"Saya seorang lelaki, Islam dan saya tahu apa yang saya lakukan. 

"Saya tidak boleh menjawab tentang perkara itu kerana ia adalah hal peribadi dan orang luar tidak tahu apa yang saya lalui," ujarnya kepada mStar Online. 

Kita doakan pasangan ini bersama anak-anak mereka bahagia. FOTO: Instagram Baizura.

Aktor itu mengulas kontroversi keretakan rumah tangganya selepas Baizura memuat naik paparan skrin teks perbualan suaminya itu dengan pelakon Rita Rudaini pada April lalu. 

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada paparan skrin yang dimuat naik oleh isterinya itu adalah benar, Aqasha enggan mengulas dan memberitahu dia tidak perlu menceritakan hal sedemikian kepada umum. 

"Jika dia muat naik paparan skrin sudah tentu ia betul, tapi orang tidak tahu perkara yang berlaku. 

"Saya juga tidak mahu bercerita tentang perkara peribadi itu kepada umum, biarlah orang ingin bercakap apa-apa pun," ujarnya. 

Pelakon filem Embun itu, berkata, dia tiada masalah untuk bergandingan dengan pelakon Rita Rudaini pada masa depan. 

"Saya seorang yang profesional dan tidak menolak jika digandingkan dengan dia (Rita Rudaini) pada masa akan datang," ujarnya.

Aqasha dan Rita Rudaini digandingkan dalam drama Mi Laksa & Laksam terbitan Zeel Production yang akan ditayangkan di TV3.

Tags / Kata Kunci: Aqasha , Rita Rudaini

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan