Guna Teknik ‘Falsetto’, Bukan Suara ‘Kepit’ - Naja Bollywood

Diterbitkan: Selasa, 16 Mei 2017 6:30 AM

Naja Bollywood. FOTO: Raymond Oii.

(Ubah saiz teks)

BOLEH tahan unik bakat pemilik nama' 'Naja Bollywood' ni. Kalau dengar dia menyanyikan lagu-lagu Bollywood terutamanya meniru gaya suara penyanyi wanita legenda India, Lata Mangeshkar, boleh buat ada yang ternganga... Memang lunak!

Pun begitu kata bakat yang mula menjadi tular di alam maya pada pertengahan 2016 ini, percubaannya memuatnaik video nyanyian semula ke laman YouTube dan aplikasi nyanyian smule sering disalahertikan sehingga dikecam netizen. 

Dia dikutuk sebagai penyanyi bersuara 'kepit'.

"Kenyataan sebegitu sebenarnya mengguris perasaan saya kerana perkataan 'kepit' itu sendiri pada saya sesuatu yang agak kasar dan tidak sedap didengar. 

"Sebenarnya untuk mendapatkan suara wanita seperti Lata Margeshkar, saya menggunakan teknik nyanyian falsetto,  bukanlah bersuara 'kepit yang sekali gus memberi bayangan saya berimej lelaki lembut," tegas jejaka dari Pagoh, Johor ini terkilan. 

Naja ketika membuat persembahan menghiburkan peminatnya. FOTO: Raymond Oii.

Kata pemilik nama asal Nazar Daud, 24, ini lagi,  ketika kutukan diterimanya itu, dia tidak nafikan masih ramai yang memberi kata-kata semangat dan dorongan agar dia terus menghasilkan lebih banyak video nyanyian semula lagu-lagu Bollywood.

"Saya seorang yang positif dan setiap kritikan saya cuba jadikan satu semangat untuk terus membuka mata mereka ini bahawa apa yang saya lakukan sekarang bukan sekadar syok sendiri tetapi  disusuli dengan visi," katanya.

Buktinya, kata Naja selepas sambutan hari raya Aidilfitri depan, dia bersama pengurusan label Apple Record akan ke India untuk projek single Bollywood pertamanya.

"Apa yang lebih mengujakan saya bakal berkolaborasi dengan komposer yang bertanggungjawab menggubah lagu runut bunyi filem Dilwale iaitu Janam Janam, iaitu Pritam Chakraborty dan ia merupakan satu peluang keemasan yang tidak wajar dilepaskan," katanya.

Dia juga rasa cukup bertuah kerana berada di landasan yang tepat di mana kebetulan pengurus label rekodnya yang dipanggil encik Amin mempunyai hubungan baik dengan komposer terkenal itu.

Tags / Kata Kunci: Naja Bollywood

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan