Aliff Aziz Belum Buat Persiapan Sambut Bayi Sulung

Diterbitkan: Ahad, 14 Mei 2017 6:15 AM

Aliff Aziz

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira dua bulan sahaja lagi bakal bergelar bapa, penyanyi Aliff Aziz berkata, dia masih belum membuat sebarang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi sulungnya itu.

Penyanyi yang popular dengan lagu Sayang-Sayang ini berkata, dia masih menunggu masa terluang ibu bapanya untuk sama-sama memilih barang keperluan bayi.

"Insya-Allah, isteri saya dijangka bersalin pada Julai depan, namun saya belum berkesempatan untuk buat persiapan dan beli bayu bayi lagi, saya tunggu ibu bapa saya datang sini dan beli barang-barang yang penting.

"Kami memang banyak nak beli tapi takut membazir dan tidak penting untuk bayi. Jadi terpaksa tunggu mereka yang lebih tahu tentang barang-barang untuk ibu dan bayi," ujarnya.

Aliff menyampaikan dua buah lagu untuk majlis Konvensyen Hartanah 2017.

Pelakon drama Meh Sandar Pada Aku ini ditemui selepas persembahan Konvensyen Hartanah 2017 yang berlangsung di KL Sogo, di sini, pada Sabtu.

Aliff bergelar suami kepada wanita pilihannya Dayang Nabella, 23, dalam sebuah majlis tertutup pada 9 September 2016.

Sementara itu, Aliff berkata, dia belum bersedia berkongsi jantina bayi mereka kepada umum.

Katanya, perkara itu akan diketahui selepas bayi tersebut selamat dilahirkan.

"Saya belum mahu berkongsi jantina bayi kepada umum kerana saya takut silap. Nanti lain yang diberitahu, lain pula yang keluar.

"Selain itu, kami juga belum ada nama untuk bayi itu, Insya-Allah ia akan difikirkan bila sampai masanya nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Aliff menyampaikan dua buah lagu iaitu Pamit (Tulus) dan Sayang-Sayang pada majlis Konvensyen Hartanah 2017.

Selain Aliff, penyanyi popular seperti Haiza, Aepul Drama Band, Ismail Izani dan Naja Bollywood turut hadir memeriahkan majlis berkenaan.

Konvesyen Hartanah 2017 anjuran StarProperty.my diadakan di Tingkat 7, KL Sogo bermula Khamis hingga Ahad.

Tags / Kata Kunci: Aliff Aziz

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan