Yana Samsudin Belum Berani Terima Watak Utama

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mei 2017 6:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Hampir setahun menyepi daripada dunia seni, aktres Yana Samsudin kini sudah mula aktif menerima tawaran membintangi drama tempatan.

Drama terbaharunya berjudul Jadikan Aku Yang Kedua yang kini bersiaran di Astro Oasis merupakan lakonan pertamanya selepas melahirkan cahaya mata Aisy Mateen yang kini berusia lapan bulan.

Bagaimanapun, Yana atau Norliana Samsudin, 33, berkata, setakat ini dia masih belum berani untuk menerima tawaran melakonkan watak utama.

"Saya sudah mula kembali berlakon dan drama terbaru saya sedang bersiaran di Astro Oasis bersama Amar Baharin dan Amyra Rosli. Saya jadi watak heroin kedua dalam drama itu.

"Lepas bersalin ini banyak juga tawaran tapi saya tidak berani lagi nak ambil watak-watak utama kerana anak saya masih lagi menyusu badan. Jika saya ambil watak utama, ia memerlukan komitmen yang tinggi di lokasi penggambaran.

"Buat masa ini Aisy terpaksalah ikut saya ke lokasi penggambaran, dia masih tidak mahu minum susu formula,"ujarnya.

Yana mula aktif sebagai pelakon dan pengacara.

Yana mengulas tentang perkembangan kerjaya seninya selepas berumah tangga dan melahirkan cahaya mata sulungnya.

Sementara itu, Yana berkata, dia lebih banyak memberi keutamaan terhadap bidang pengacaraan dan penceramah bebas berkaitan selebriti dan perniagaan.

"Saya lebih memberi tumpuan dalam menguruskan butik dan buat kuih untuk raya akan datang. Selain itu, saya juga aktif sebagai moderator dan memberi ceramah di majlis-majlis ilmu.

"Saya banyak berkongsi pengalaman kerana orang melihat saya sebagai artis, ibu dan usahawan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Yana berkata, dia kini mengacarakan program bual bicara berjudul Bismillah Ad-Dhuha, setiap Khamis hingga Sabtu, pukul 9 pagi di Astro Oasis (saluran 106).

Tags / Kata Kunci: Yana Samsuddin

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan