Yusof Cecah 11 Bulan, Hanis Zalikha Mula Bekerja

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 6:30 AM

Hanis Zalikha mula terima tawaran.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pada usia anak sulungnya Yusof Iskandar mencecah 11 bulan, pengacara dan pelakon Hanis Zalikha mengambil keputusan mulai kembali menerima tawaran dalam industri hiburan.

Namun begitu, isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini berkata, dia masih memberi keutamaan kepada anak dan keluarganya dalam mempertimbangkan sesebuah tawaran.

Katanya, dia hanya mengambil tawaran yang tidak mempunyai komitmen tinggi atau menuntut dia berada di lokasi terlalu lama.

"Selepas Yusof lahir, ini projek pertama yang saya terima. Saya ambil masa 11 bulan untuk berehat dan beri perhatian kepada Yusof dan perniagaan kami.

"Ada banyak tawaran sepanjang tempoh itu yang terpaksa saya tolak cara baik. Sekarang saya kembali terima tawaran yang mengikut fleksibiliti jadual saya. Buat masa sekarang saya mungkin terima tawaran pengacaraan sahaja," ujarnya.

Hanis utamakan keluarga.

Hanis bakal menjadi juri dalam program pertandingan mencipta maskot kumpulan rasmi Astro Ceria yang diberi nama Cipta Kawan Cheek-e! yang bermula pada 8 Mei hingga 21 Mei depan.

Pelakon drama Dia Semanis Honey ini berkahwin dengan aktres Hanis Zalikha pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, dekat sini. Mereka menimang cahaya mata pada 3 Jun 2016.

Sementara itu, ditanya tentang perkembangan Yusof Iskandar yang semakin mendapat perhatian dan disayangi masyarakat, Hanis menganggap ia sebagai rezeki yang paling berharga buat dirinya.

Hanis berkata, kehadiran kanak-kanak yang mempunyai pengikut seramai 1.3 juta di laman sosial itu menjadi kesayangan banyak pihak.

"Saya terkejut juga apabila ada seorang nenek yang ingin jumpa Yusof di sebuah majlis baru-baru ini. Kami pelik juga bagaimana nenek itu tahu tentang Yusof kerana dia (Yusof) hanya popular di laman sosial sahaja.

"Tapi saya gembira kerana ramai yang sayangkan dia, pengikut Instagram dia juga semakin bertambah kerana mereka ingin lihat keletah dia setiap hari," ujarnya.

Hanis berkata, dia dan suami tidak pernah meletakkan sebarang perancangan terhadap anak itu. Apa yang dilakukan adalah mengikut rentak atau kesesuaian yang tidak menjejaskan pembesaran kanak-kanak itu.

"Saya dan Hairul tidak pernah merancang untuk masa depan Yusof. Seperti juga ketika kami membuka akaun Instagram dia dahulu yang mana kami tidak pernah terfikir, ia dilakukan bagi mengelakkan terlalu banyak akaun palsu," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Yusof Iskandar , Hanis Zalikha

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan