Mana Chacha Maembong Hilang?

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mei 2017 6:30 AM

Chacha Maembong lebih selesa bersikap 'low-profile'. Foto MUHAMAD SHAHRIL ROSLI

(Ubah saiz teks)

SEJAK akhir-akhir ini jarang betul nampak kelibat pelakon Chacha Maembong menghadiri majlis-majlis hiburan apatah lagi membaca perkembangan terbaharunya di media.

Hendak kata sudah meninggalkan bidang seni wajahnya masih ada menghiasi beberapa drama di televisyen.

Apa sebenarnya punca aktres berusia 21 tahun itu lenyap? Merajuk ke Chacha?

Terserempak dengan pemilik nama sebenar Siti Aishah Ismail pada acara Fenomena Aidilfitri 2017 pada malam Rabu lalu merungkai segal persoalan.

Chacha bakal muncul dengan dua telefilem istimewa bersempena Ramadan.

Kata Chacha, dia kini memang memilih untuk bersikap 'low-profile' kerana dengan cara itu dia boleh memberi fokus kepada karier seninya.

"Chacha ada je sebenarnya dan masih aktif berlakon cuma memang sekarang Chacha lebih banyak mendiamkan diri selain jarang muncul pada acara-acara hiburan.

"Apabila bersikap 'low-profile' Chacha sebenarnya lebih fokus dengan kerja malah nama Chacha pun tidak terpalit dengan kontroversi," katanya.

Ditanya adakah dia tidak bimbang popularitinya akan menurun kerana kurang pendedahan, Chacha berkata dia tidak kisah dengan populariti kerana ia bukan fokusnya.

"Chacha sebenarnya tidak kisah dengan populariti kerana paling penting kita melakukan kerja yang diamanahkan dengan baik," ujarnya.

Tambah adik kepada aktres Emma Maembong itu lagi, walaupun dilihat sepi namun dia memberitahu karier seninya tetap berjalan seperti biasa dan sibuk dengan penggambaran.

Malah kata Chacha, dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran beberapa drama namun kebanyakannya masih belum ditayangkan.

"Alhamdulillah rezeki dalam bidang lakonan masih banyak cuma Chacha tidak uar-uarkan sangat projek terbaharu di Instagram.

"Bukan apa, rasanya kalau Chacha kongsi semuanya tiada lagi kejutan untuk menarik peminat menonton drama lakonan Chacha.

"Biasanya Chacha akan kongsi tentang sesuatu projek baru apabila sudah hampir tayangan sesebuah drama lakonan Chacha," katanya.

Dalam perkembangan lain, pada bulan Ramadan nanti dua telefilem lakonannya iaitu Menantu Bilal dan Neraka Dimata Syurga Dihati bakal menemui penonton di TV3.

Sementara filem lakonannya, Aku Bukan Terrorist akan berada dipawagam pada akhir tahun ini.

Tags / Kata Kunci: Chacha Maembong

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan