Kaka Azraff Tak Minat Buat Bisnes

Diterbitkan: Khamis, 11 Mei 2017 6:20 AM

Kaka Azraff tidak berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan buat masa ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Senario artis terlibat dalam bidang perniagaan bukan lagi perkara baharu sebaliknya ia telah menjadi kebiasaan dalam kalangan selebriti pada hari ini.

Kuasa media sosial juga membuatkan ramai mengambil kesempatan untuk mengeluarkan atau menjual produk dalam menambahkan pendapatan dan tidak lagi hanya bergantung harap kepada lakonan atau pun nyanyian semata-mata.

Tetapi lain pula bagi penyanyi Bukan Hal Aku iaitu Kaka Azraff yang tidak berminat menceburi bidang perniagaan seperti mana rakan artis lain.

Kaka ingin fokus kepada karier muzik.

Kata Kaka, 27, perhatian dan keutamaannya kini adalah seratus peratus kepada bidang muzik kerana masih banyak perkara belum dicapainya sebagai penyanyi.

"Jika tanya saya, memang saya tidak berminat dengan bisnes seperti kebanyakan rakan-rakan artis lain kerana ia memerlukan perhatian cukup tinggi.

"Saya tiada perancangan ke arah itu (sekurang-kurangnya buat masa ini) kerana perhatian saya sekarang adalah kepada cinta pertama saya iaitu muzik," katanya.

Jelas pemilik nama sebenar Nor Atiqa Noor Azraff ini lagi, visinya terhadap bidang seni sangat tinggi dan sudah menjadi cita-citanya untuk membina empayarnya suatu hari nanti.

Dalam masa terdekat kata Kaka, dia ingin merialisasikan impiannya untuk tampil dengan sebuah album penuh selepas hanya menghasilkan single.

"Perhatian sya adalah untuk hasilkan album, adakah konsert dan berkolaborasi dengan lebih ramai penyanyi-penyanyi selain membawa karier nyanyian ke tahap lebih tinggi.

"Dengan situasi industri sekarang harus saya akui ia bukan mudah tetapi itu bukan halangan malah sebagai penyanyi saya harus positif dan mengambil ia sebagai cabaran," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Kaka Azraff

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan